Rabu, 1 Januari 2014

BYE-BYE 2013,WELCOME 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pejam celik,pejam celik tinggal beberapa jam sahaja akan berakhir 2013.Banyak kenangan yang saya dapat kumpul pada tahun ini,Alhamdulillah segala hajat saya yang saya tetapkan pada awal tahun 2013 tercapai.Syukur PadaNya.

Tahun 2013 saya ingin berjaya dalam semua bidang,Alhamdulillah saya mampu lakukan.Saya mampu menjadi seorang isteri yang pada mata suami adalah terbaik,terima kasih teramat sangat buat suami tercinta,Hamsan Mohamed.Tahun 2013 juga saya ingin menjadi terbaik di mata anak-anak,saya juga mampu lakukan.Saya tunjukkan pada anak-anak ibu mereka seorang yang kuat berusaha untuk berjaya, Alhamdulillah anak-anak juga ingin menadi seperti ibunya.Teringat kata-kata anak bongsu saya kepada abangnya 'Kita nak belajar pandai-pandai,nak jadi orang kaya,nak bawak keretapi'(part ni saya gelak besar,bila tanya kenapa nak bawa keretapi?Dia cakap biarlah,kita suka keretapi.Moga anak ibu bukan saja bawak keretapi,tapi dapat reka keretapi yang lebih canggih lagi dan ia di ia kan oleh anak bongsu saya,InsyaAllah).Abangnya pun menyahut sama 'Kita pun,kita nak belajar macam ibu'InsyaAllah ibu sentiasa doakan anak-anak ibu berjaya suatu hari nanti.Terima kasih buat anak-anak ibu yang makin lasak dan petah bersuara, Muhammad Ariff Iskandar dan Muhammad Arriz Zulqarnain.Ibu sayang kamu berdua.

Tahun ini juga saya di uji dengan kesihatan anak-anak,Alhamdulillah saya dan suami dapat hadapi.Sekarang,anak-anak juga semakin sihat dan aktif.Moga anak-anak ibu sentiasa sihat selepas ini.Tahun ini juga saya dah letakkan target di dalam kerjaya saya, saya mampu capai dan terlebih pula impian saya dapat di kecapi.Syukur KepadaMu Ya Allah memberikan aku NikmatMu yang sukar di perolehi.Aku berbangga menjadi slaah seorang UmatMu di muka bumi ini.Alhamdulillah.

Yang paling seronok,saya dapat buat Blog sendiri.Terima kasih Cikgu Anys Idayu yang bagi sokongan, tanpa penat mendengar setiap pertanyaan saya yang kadangkala memeningkan kepalanya.Saya seronok belajar dan dapat menimba pengalaman sesuatu yang saya idamkan dari dulu lagi.Saya juga ingin berkongsi dengan kawan-kawan,marilah sama-sama belajar membuat blog kerana di sini apa yang kita impikan boleh dicapai.

Tahun 2013 juga saya berjaya memcapai impian untuk memperolehi keputusan yang lebih bagus dan saya dapat capai semasa semester-semester  lepas.Seronok sangat bila usaha saya membuahkan hasil yang saya impikan.Berkat segala tunjuk ajar dari semua pihak saya dapat tunaikan target saya tahun ini.Saya akan terus berusaha dan berusaha untuk berjaya.Itu impian saya.

Moga kedatangan tahun baru akan lebih menggembirakan dan dapat di capai segala azam saya, InsyaAllah.Segala pahit manis saya pada tahun ini,akan saya simpan di dalam ingatan saya supaya ia menjadi kenangan terindah saya apabila di ingati.Pembukaan tahun baru juga, saya akan menghadapi salah satu ujian getir iaitu Final Exam bagi Semester 1 Tahun 3 saya di UTM Space.InsyaAllah lebih kurang setahun lebih target saya untuk menamatkan pelajaran dapat saya kecapi,Amin.

Wassalam

Tiada ulasan: