Isnin, 18 November 2013

SETIA HUJUNG NYAWA


Synopsis - Novel no.123
Harga :
Semenanjung RM 19.90
Sabah/Sarawak RM 22.90
Rate : 9/10

Pengantin perempuan lari?Zain Hakimi panasaran.Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.Datin Adibah kalut mencari akal menantu bidan terjunnya.Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera di lamar.

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.Juga demi menyelamatkan maruah keluarga.Ersalina terpaksa rela.Dia di nikahi Zain yang langsung tidak mencintainya.Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri.Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya.Lalu, kasihnya melimpah di hati.Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya di sahkan mengandung.Sedangkan dia belum pernah "menyentuh" isterinya itu.Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain.Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah.Sewajarnya hukuman ini di terima kerana memang dia bersalah.Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga hujung nyawa.

Tiada ulasan: