Jumaat, 15 November 2013

Selamat Pagi

Hari nie bangun tido dah ting tong, tak cukup tido.Abanglong demam panas sampai suhu 38.+ hampir 39 suhu badannya. Berjaga saya dengan en suami.Kepala memang pening, pukul 4.30 am kejutkan abanglong makan ubat,Alhamdulillah pagi nie suhu turun mendadak.Tapi bila malam naik balik semula.

Saya "jaramkan" kepala abanglong dengan air asam jawa dan tuala basah.Sampai dia kata sejuk, saya selimutkan kakinya sebab kaki seperti air batu, sejuk sangat.Badan terasa bahang bila saya baring sebelah dia.

Sepatutnya hari nie abanglong ada jamuan makan dekat Marry Brown Today'S Masai dengan cikgu-cikgu Pasti Al-Khaustar serta kawan-kawannya.Tak mengapalah, kesihatan abanglong lebih penting dari semuanya.Badan pun lemah sahaja, risau pula nak lepaskan.

Saya ingat, nak urutkan badan abanglong, mungkin dia demam urat.Moga abanglong sihat sebab tahun depan abanglong sudah masuk pra.Risau pula jika asyik tidak sihat, ponteng sekolah sahaja seperti tahun nie.

Bermacam-macam vitamin abanglong ambil sekarang.Still kurang memberangsangkan untuknya.Nafsu makan abanglong still tiada.Semalam follow up dengan Dr Woon di KPJ Abdul Samad, dapat lagi satu vitamin, 
VIDAYLIN MINIBEAR GUMMIES (GARDEN VEGETABLES + 9 VITAMINS)

Moga abanglong cepat-cepat sembuh, ibu dah mula rasa susah hati.Dulu adik, sekarang abang pula.Mungkin ini dugaan bagi ibu dalam membesarkan hero-hero.InsyaAllah ibu akan hadapi dan rintangi bersama-sama ayah untuk memberikan kesihatan dan kesempurnaan untuk anak-anak ibu ayah.

Kawan-kawan doakan yea.Moga saya dan en suami tabah menghadapi semua ini.InsyaAllah,Amin

Tiada ulasan: