Khamis, 14 November 2013

Selamat Pagi

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi saya sudah boleh bercerita dekat blog saya, ini di sebabkan semua saya sudah siapkan, sarapan anak-anak pun sudah siap, mereka pun dah makan.Siap makan ubat lagi kedua-duanya sebab abanglong demam dari semalam dan adik sakit mata dah 2-3 hari.Nasib anak-anak senang makan ubat, cuma kena tegas sahaja.Sekarang aanak-anak tengah tengok cartoon Thomas and Friends sebelum mandi kolam, sebab My Husband yang suruh, bagi suhu badan abanglong turun sikit (betul ker idea suami saya nie yea???)

Walaupun dia demam, tapi aktif.Moga dia demam tak berlarutan, saya redho anak-anak asyik kurang sihat,ini mungkin dugaan kami suami isteri.Tetapi, walaupun kesihatan anak-anak kerap kurang memuaskan, tetapi Alhamdulillah Syukur KepadaNya kerana mereka anak-anak yang aktif dan apa yang di ajar mereka cepat faham.Kepetahan berkata-kata terutama adiknya, kadangkala buat saya suami isteri tak terjawab...adik memang kanak-kanak yang aktif + cerdik.Moga adik dengan abanglong menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.Amin.

Semalam semasa saya bekerja, saya dapat panggilan dari pengasuh anak-anak saya yang abanglong demam panas.Bergegas saya balik.Terpaksa pinjam kereta kawan sebab My Husband pakai kereta saya.Kereta dia tinggal dekat rumah, sebab dia hendak ke Pontian.Kelam kabut saya di buatnya, nasiblah kawan baik saya memahami keadaan saya dan sudi meminjamkan kereta beliau.Terima kasih Pn Halis.

Bawa pergi klinik, apa lagi tonsil bengkak, itu sebab kepala sakit, demam naik mendadak.Masuk ubat punggung sebab terlalu panas, aduhai anak.Lepas saya uruskan aanglong di klinik, saya serahkan dia dekat My Husband sebab dia baru sampai dari Pontian, dia ambil alih menjaga sehingga saya habis kerja.Memang semalam saya jadi kelam kabut akibat kereta tiada.Nama sahaja ada sorang satu kereta, tetapi jika hendak berlaku sesuatu memang tak dapat di elakkan, terpaksalah saya redah sahaja.

Dekat sini saya belajar sesuatu yang baru.Saya elajar urus masa, belajar bertahan, belajar sabar dan belajar menjadi insan yang tenang.Alhamdulillah saya mampu lakukan walaupun sedikit kelam kabut.Saya juga redho jika nanti apabila abanglong berusia 8-9 tahun, dia terpaksa menjalani operation bagi membuang tonsil.Itulah kata-kata Dr. klinik panel yang saya pergi iaitu Dr. Nandu, dan ia di akui oleh Dr. Woon dari KPJ Abdul Samad, Johor Bahru.Mungkin dengan membuang tonsil itu nanti abanglong akan bertambah sihat, InsyaAllah, Amin.

Oklah,nanti saya akan upload koleksi novel-novel saya.Tunggu yea.Saya nak siapkan bubur untuk abanglong.Jumpa nanti.

Wassalam.

Tiada ulasan: