Isnin, 11 November 2013

Salam Ahad

Assalamualaikum,
 
Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk melayari kehidupan di pagi ini.Alhamdulillah juga kerana masih bersemangat untuk meneruskan kerja di hari minggu ini dengan suasana kesejukan di pejabat (maklumlah semalam hujan).
 
Malam tadi, saya sekeluarga terlibat dalam aktiviti meraikan seorang jiran di lorong tempat saya tinggal, bakal berpindah pagi ini ke Batu Pahat.Menurut suami saya juga, beliau baru sahaja menolong dan Alhamdulillah mereka sekeluarga sudah bergerak selepas operasi mengangkat kesemua barang telah siap.Moga berjumpa lagi nanti,InsyaAllah.
 
Di sini saya ingin berkongsi sedikit cerita yang di kongsi oleh AJK jiran saya, yang saya panggil Kak Sue. Saya nie memang susah nak join aktiviti kejiranan saya, bukan di sebabkan saya sombong, tetapi masalah besar kerana saya bekerja shift,sabtu ahad saya kuliah, masa untuk join aktiviti memang terhad.Bila ada peluang, saya cuba untuk tidak lepaskan (Walaupun keadaan diri semalam kurang sihat, saya gagahkan juga.Anak-anak juga masih tidak sihat sepenuhnya, tetapi semalam mereka gembira.Moga hero-hero saya sihat hendaknya).
 
Oleh kerana jarang join aktiviti, baru saya kenal jiran-jiran..hihihi..Alhamdulillah mereka semua baik dan mesra, seronok saya rasai.Yang saya kurang seronok bila ada jiran yang tidak suka melibatkan aktiviti walaupun tidak ada masalah sebenarnya untuk join, yang terlalu sombong dan suka mengata serta meninggi diri. Bukan saya ingin berkata yang buruk pada pagi ini, tetapi itulah hakikat yang saya lalui dengan jiran yang sebegini.
 
Saya mempunyai jiran-jiran yang terdekat dengan pelbagai ragam.Yang sebelah adalah pasangan suami isteri Hairul dan Ita.Alhamdulillah mereka seorang yang memahami walaupun jarang berborak di sebabkan kesibukan bekerja.Jika ada masalah kami masih boleh meminta tolong dan jika ada makan-makan mesti kami akan jemput sesama sendiri.
 
Yang masalah bagi saya adalah jiran yang sebelah lagi serta jiran depan rumah saya.Yang di sebelah boleh di katakan seorang yang suka membuat "gangguan seksual".Ini bukan memburukkan beliau, tetapi kita sebagai orang islam, sepatutnya perlu peka dengan budaya dan adat.Janganlah suka-suka hati berpakaian menjolok mata dan mengintai isteri orang. Itu yang saya lalui dari dulu sehingga kini.Alhamdulillah suami banyak bagi sokongan dan saya tabah, moga suatu hari nanti terbuka pintu hati beliau untuk berubah dan bercampur dengan masyarakat sekeliling.
 
Yang seorang lagi, anak-anak terlalu gatal.Dari anak sehingga ke cucu. Mungkin orang akan berkata saya suka memburukkan jiran-jiran,tetapi anda tidak lalui apa yang saya lalui.Tuhan sahaja tahu apa yang saya sekeluarga lalui dan tidak perlulah saya mention siapa mereka dan perkara yang terjadi. Ia  dapat di buktikan dan kukuhkan lagi kenyataan saya dengan apa yang saya bualkan dan kongsi dengan jiran-jiran saya semalam.
 
Kita hidup bermasyarakat, kita kena ada sifat saling hormat menghormati dan memahami. Ingatlah nanti, jika suatu hari andai kita mati, mayat kita tidak akan bergolek sendiri dan tidak akan tertanam sendiri. Untuk menunggu adik beradik, sanak saudara akan ambil masa lama, jiran-jiranlah yang akan menolong.Jika kita sakit, mereka jugalah yang akan membantu.Itu pegangan saya pegang sejak berkahwin dan berpindah di rumah sekarang.
 
Mungkin sebab saya sudah duduk dan berpindah hampir beberapa kali, saya sudah lalui dan rasai pelbagai ragam jiran-jiran. Saya juga bukan sesempurna yang jiran-jiran saya kehendaki, tetapi saya cuba untuk menjadi terbaik kerana saya tahu saya terlalu banyak kekurangan.
 
Insya Allah nanti saya akan kongsikan serba sedikit dari sumber google, cara mengatasi masalah seperti ini dan cara atau adab berjiran. Ia untuk pedoman saya dan kawan-kawan juga. Insya Allah.
 
Wassalam.


Tiada ulasan: