Selasa, 5 November 2013

Mari Berblog

Assalamualaikum,

Sebulan 4 hari saya belajar membuat blog dengan Cikgu Anys Idayu Zakaria (http://anysidayu.blogspot.com/).

Alhamdulillah segala tugasan saya dapat siapkn walaupun asyik bertanya itu ini dengan cikgu, tapi beliau tidak pernah lokek atau give up mengajar saya.Syukur KepadaNya.

Kawan-kawan ramai yang bertanya pada saya, 
"ada masa ker ko buat blog nie?""bila masa ko menulis?""bila ko start berblog nie?""dari mana ko belajar buat blog nie?" 
Macam-macam soalan lagi yang di tanya kepada saya berkenaan blog ini.Bagi saya satu sahaja, 
 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jika kita inginkan sesuatu,kita akan cuba untuk merealisasikan, begitu juga saya.Dan sekarang inilah yang terhasil :
http://lylyaffazreen.blogspot.com/ - Diari Wanita Bekerjaya

Memang masa untuk saya menulis, mencoret, menaip dan menyudahkan tugasan yang di berikan sangat limited. Tetapi satu sahaja yang saya tetapkan dalam diri saya, saya mesti habiskan 44 entri atau tugasan yang di berikan oleh cikgu selama sebulan.Akhirnya saya mampu, kerana saya tahu saya telah tetapkan matlamat untuk saya capai.

Saya seorang yang amat-amat sibuk, kadangkala saya tidak dapat menyiapkan sesuatu kerana saya juga ada kelemahan dan kekurangan, tetapi saya tetapkan sesuatu bagi mencapainya. Perkenalan di media sosial (Facebook) dengan seorang insan
 (Puan Anys Idayu Zakaria - https://www.facebook.com/anies.aiz?ref=ts&fref=ts)
telah membuka minda saya bagi berblog.

Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, inilah peluang yang di tunggu-tunggu.Tidak salah kita belajar sesuatu yang baru,walaupun blog ini sudah lama di ketengahkan, ilmu yang kita pelajari ini amat berguna, untuk kita dan mereka di sekeliling.

Sahutlah peluang untuk berkarya, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil nanti satu hari kita akan berjaya dengan working at home, ia dapat membantu side income kita melalui iklan di dalam blog kita. Jika kita seorang suri rumah, inilah peluang kita, jika kita seorang yang bekerjaya juga tidak mustahil kita juga boleh.

Hubungilah mentor-mentor saya yang banyak memberi tunjuk ajar tanpa jemu.Tanpa mereka tidak terhasillah "DIARI WANITA BEKERJAYA Lyly Affazreen"

https://www.facebook.com/anies.aiz?ref=ts&fref=ts
http://anysidayu.blogspot.com/

Wassalam.

Tiada ulasan: