Khamis, 21 November 2013

Kisah Dia Si Insan Kerdil

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi kawan-kawan semua.

Pagi nie saya nak kongsi sedikit cerita berkenaan seseorang yang di uji olehNya di saat beberapa bulan ia bakal berkahwin.Ia adalah cerita sebenar dan tiada penambahan perisa di dalamnya,original only.

Kisah ini terjadi beberapa tahun dahulu, saat sedih seorang insan yang berjauhan dengan keluarga, hanya mengharapkan bantuan kawan-kawan tetapi kawan yang paling rapat memfitnah dan menjatuhkan maruah insan kerdil ini.Terlalu payah untuk insan ini berhadapan dan mengharungi hari mendatang kerana maruah di letakkan di bawah tapak kaki oleh insan yang bergelar sahabat dan sewenang-wenangnya di pijak oleh mereka yang tidak tahu cerita di sebalik kejadian tersebut.

Insan kerdil ini telah bertunang pada masa tersebut dan bakal berkahwin untuk tempoh beberapa bulan semasa kejadian ini berlaku.Oleh kerana insan kerdil ini mempunyai sifat ingin berkawan dan ingin membantu, insan kerdil ini sudi berkongsi dan duduk serumah dengan sahabat yang sebelum ini baik padanya.Sahabat ini duduk berkeluarga bersama ibubapa dan adik beradik yang lain, tetapi insan kerdil ini di layan seperti anak sendiri pada mulanya.

Tetapi, selepas insan kedil pulang dari kampung dan ingin meneruskan rutin harian seperti biasa, bekerja, ia di uji dengan fitnah yang di lemparkan yang dia sendiri tidak lakukan dan dia sendiri tidak tahu apa-apa.Kerana insan kerdil ini tahu satu kisah ngeri mengenai sahabat ini, ia di pulaukan oleh sahabat dan terus di fitnah.Tetapi insan kerdil ini tidak pernah bercerita dengan sesiapa dan menjaga aib sahabat ini supaya ia tidak tersebar serta cuba untuk membantu sahabat ini ke arah jalan kebaikan, tetapi apa yang insan kerdil ini dapat adalah sebaliknya.

Terlalu kecewa di rasakan oleh insan kerdil ini kerana di tuduh sedemikian rupa oleh orang yang dia sayang pada mulanya, menangis insan kerdil untuk tempoh yang lama kerana benda yang tidak dia lakukan, tetapi dia yang kena.Di mana sifat sahabat ini yang sebelum ini susah senang, wang ringgit tak pernah di ungkit oleh insan kerdil ini.Apa yang di makan itulah insan kerdil ini makan, bukan duduk percuma insan kerdil ini di rumah tersebut, berbayar kerana insan kerdil ini tahu kesusahan sahabat sekeluarga.Insan kerdil ini tahu dia juga bukan orang senang.

Lebih buruk lagi fitnah ini menyebabkan reputasi insan kerdil yang tidak pernah menggangu orang dan bercerita pasal orang lain, di ketahui oleh pihak atasan insan kerdil ini.Terasa amat terduduk insan kerdil ini di saat pandangan serong kawan-kawan sepejabat.Bila kejadian ini berlaku, insan kerdil di pulaukan.Apa jua yang terjadi di pejabat tidak di beritahu kepadanya.

Akan tetapi,mungkin Dia hendak menguji insan kerdil ini.Insan kerdil ini keluar dari rumah tersebut dan berulang alik dari kampung ke tempat kerja selepas itu.Insan kerdil ini amat berterima kasih kepada tunangnya yang terlalu mengambil berat dan tahu kedudukan perkara tersebut.Padanya insan kerdil mengadu, menangis dan bercerita segalanya.Mungkin kerna fitnah yang tidak pernah insan kerdil ini lakukan, perkahwinannya langsung tidak di hadiri oleh rakan sepejabat.Terasa diri dipulaukan.

Tetapi insan kerdil ini tahu, ini dugaan.Alhamdulillah insan kerdil ini bangkit semula dan tidak peduli apa orang sekeliling katakan.Satu prinsip yang insan kerdil ini pegang sejak kejadian tersebut sehingga sekarang "jangan terlalu baik dengan orang sekeliling kerna kita punya hati berbeza, mulut manusia sentiasa manis, tetapi bila sudah pahit akan merana diri kita dan hidup umpama roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah"

Berkat semangat yang di berikan oleh ibu ayah serta tunang insan kerdil akhirnya dia berjaya.Selepas perkara ini berlaku,insan kerdil selalu beringat.Insan kerdil mahu sahabatnya sekeluarga mencari dia bagi memohon keampunan kerna maruah yang sudah tercalar tidak akan dapat di pulihkan kerna semua sudah mengetahui fitnah yang tidak pernah insan kerdil ini lakukan.Insan kerdil ini bukan berdendam, tetapi insan kerdil ingin sahabatnya tahu yang dia tidak pernah membuat semua itu seperti fitnah yang di lemparkan.

Kata-kata cacian,umpatan,pandangan serong dan maruah di pijak di telan bulat-bulat oleh insan kerdil ini kerna dia tidak punya ruang untuk memperbetulkan semua ini.Insan kerdil berserah kepadaNya untuk mengubah dan menginsafkan orang yang memfitnah dan sahabatnya sekeluarga.Perkara ngeri yang di lakukan oleh sahabatnya masih tersimpan kukuh dan tidak pernah insan kerdil jajakan kerna insan kerdil tahu ia adalah maruah sahabatnya sekeluarga.Mungkin sahabatnya sekeluarga lupa, hidup umpama roda.

Pengajaran dari kejadian tersebut terlalu banyak.Insan kerdil lebih berwaspada.Allah SWT membayar "cash" di atas dunia, orang sekeliling yang berkata bukan-bukan berkenaan insan kerdil akhirnya terima balasan.Bukan insan kerdil berdendam tetapi Dia lebih mengetahui dan lebih memahami kesusahan dan keperitan insan kerdil alami sejak kejadian tersebut.Syukur atasNya.Moga sahabatnya sekeluarga juga dapat "nur dan hidayah" tidak lama lagi.

Ingatlah,
 FITNAH LEBIH BERDOSA DARI MEMBUNUH!!!

Allah berfirman bermaksud : 
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

Rasulullah bersabda yang bermaksud :  
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud :
  "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wassalam.

Sumber : Insan Kerdil yang tidak punya apa



Tiada ulasan: