Khamis, 14 November 2013

KENAPA SAYA BELAJAR MEMBUAT BLOG?

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Kenapa saya berminat belajar membuat blog?Saya bukan seorang yang minat berniaga, hanya membantu adik sahaja menjual tudung,blouse,seluar,jubah dan sebagainya.Saya lebih minat bercerita tentang diri saya,keluarga saya,aktiviti saya dan sebagainya yang berkaitan dengan saya.

Bila mencoret di dalam Facebook, saya rasa ruangnya kecil sangat.Saya tidak minat menulis dairi seperti  sesetengah orang kerana saya memang malas menulis.Saya suka sesuatu yang baru, saya cuba explore walaupun bukan 100% saya mahir menggunakan komputer.Sekarang saya mampu tersenyum dengan megah (bukan riak tau), kerana saya sudah ada sebuah blog yang boleh menjadi kebanggaan saya. Diari Wanita Bekerjaya - http://lylyaffazreen.blogspot.com/

Minat saya di sokong oleh Suami Tersayang, beliau amat memahami minat isterinya.Jika tak, tak kan beliau sanggup hadiahkan note book untuk saya semasa saya hendak sambung belajar, kerana beliau tahu saya boleh buat bermacam-macam dengan note book tersebut, walaupun saya telah memiliki laptop. Apabila saya sudah memiliki tab, saya makin berusaha untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Selalu saya membaca coretan orang lain di blog mereka, macam-macam info saya dapat.Keseronokan memiliki dan mencoret di dalamnya menjadikan saya berusaha mencari siapa yang boleh mengajar saya membuat blog. Ini kira usha, usha lah...hihihi..Alhamdulillah saya berjumpa dengan Pn. Anys Idayu Zakaria.

Sejarah saya mula mengenali Pn. Anys adalah melalui UTM Space.Mungkin Pn. Anys sendiri pun tidak tahu cara saya mengenali beliau.Saya mencari siapa yang join di dalam group UTM Space, bagi kemasukan akhir 2011,cari punya cari di Fb, saya mengenali beberapa orang dan salah seorangnya adalah Pn. Anys.Bagai "orang mengantuk di sorongkan bantal" kebetulan beliau seorang guru online mengajar membuat blog.Dari situ saya cuba mencari info dan membaca segala ulasan beliau dan pada bulan oktober lepas, saya terbuka hati untuk terus mempelajari cara-cara membuat blog.Memang mengambil masa yang lama, ini di sebabkan saya sendiri ada mengalami beberapa masalah termasuk anak yang kerap masuk hospital.

Alhamdulillah, sekarang saya gembira kerana saya sudah dapat apa yang saya inginkan.Saya tahu, kawan-kawan juga boleh, kerana ini semua tidak mustahil.Kita yang boleh mengubah diri kita, kerana kita tahu tahap kemampuan kita.Oleh itu marilah sama-sama menyertai saya untuk membina blog.Mungkin jika bukan sebagai "side income", mungkin ini platform kita untuk menambah ilmu.Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru dalam diri kita.

Berminat hubungi saya di :
0197676461

Anda akan di latih dengan guru-guru atau tenaga pengajar yang terlatih.Anda juga akan dapat e-book percuma untuk pendaftaran bagi bulan November ini.Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Wassalam.

Tiada ulasan: