Isnin, 2 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

 Credit For Me : Bab 2


"Sampai hati Il kecewakan Sya.Kenapa Il tak tolak je kalau Il tak suka dia?""Il tak boleh Sya,ini wasiat arwah ayah Il,takkan Il nak kecewakan ibu Il?Il harap Sya faham.Il minta maaf sayang jika Il terpaksa melukakan hati Sya,Il terpaksa sayang""Tak mengapalah Il, mungkin jodoh kita setakat ni sahaja,Sya redho dengan semua yang dah tertulis Il.Sya harap Il bahagia dengan dia.Bahagiakan dia macam Il bahagiakan Sya sepanjang perhubungan kita.Assalamualaikum.." Natasya Idayu  atau Sya melangkah meninggalkan Il.Il hanya memandang sayu pemergian insan yang hampir 2 tahun bertahta di hatinya.'Maafkan Il sayang,Il tak mampu nak ubah semua ni,Il tersepit antara patuh pada ibu Il yang sudah tiada sesiapa lagi, dengan sayang Il pada Sya.Moga Sya berjumpa dengan insan yang lebih baik dan boleh memberikan kebahagiaan kepadamu sayang' rintih Ilham.

Balik dari berjumpa dengan Ilham, terus Natasya berkurung di biliknya.Sikapnya membuatkan rakan serumah hairan.Pintu di ketuk berulang kali,tetapi tiada sahutan dari dalam.Rasa kerisauan bermaharajalela di hati rakan serumahnya.Tombol pintu di pulas,nasib tidak berkunci."Sya, kenapa ni?Kenapa kau menangis?Berkurung dalam gelap pulak ni"tangisan Natasya makin kuat,terus di peluknya rakn serumahnya."Kenapa ni Sya?Teruk sangat kau menangis ni""Ilham dah tinggalkan aku Lin,Mala""What!!!""Ish kau ni Mala, pekak telinga aku,kalahkan Sya pulak.Dia yang kena tinggal, kau jerit macam semua orang dalam rumah ni pekak"marah Lin kepada sahabatnya, Mala. "Sorry,sorry..aku teremo pulak,sorry Sya.Tapi kenapa dia tinggalkan kau?Korang gaduh ker?" "Bukan...""Abis kenapa?""Mala, sudahlah tu,kesian Sya.Sya sekarang kau pergi mandi,solat.Maghrib dah nak abis.Kitorang tunggu kau dekat ruang tamu.Nanti dah sudah kau keluarlah.Mungkin selepas kau mandi dan solat kau akan lebih tabah,jangan ikut kata hati sangat"nasihat Lin,rakan serumahnya yang lebih matang dari seorang lagi yang kelam kabut.Natasya menganggukkan kepalanya dan terus mencapai tuala untuk ke bilik air.

"Jom keluar Mala,nanti kita bincang dekat luar""Kau ni aku baru nak Tanya Sya....""Sudah, maghrib dah nak habis,kau nak tanggung dosa Sya ker kalau tak solat sebab nak melayan soalan kau yang merapu-rapu tue?"pintas Lin.Tersengeh-sengeh Mala di buatnya.Kadangkala apa yang di katakan oleh Lin ni ada betulnya.

"Ilham kena kahwin dengan pilihan arwah ayahnya"Lin dan Mala berpandangan sesama mereka. "Kenapa pula baru sekarang dia nak kena kahwin?Kenapa bukan dari dulu?Sebelum dia balik ke Malaysia?Ker masa dia baru balik 2 tahun lepas?""Aku tak tahu Mala, yang hanya di beritahu oleh Ilham, semua ini wasiat ayahnya, memang arwah ayahnya sudah pesan pada ibu dia masa umur dia genap 30 tahun, mesti di beritahu hal ni.Nasiblah Ilham tak kahwin sebelum usia 30 tahun""Pelik aku dengan keluarga dia, kenapa yea?""Sya, kau sabar yea.Mungkin jodoh kau dengan dia sampai sini saja.Kita tak tahu apa yang Allah SWT rencanakan untuk kita.Kalau dia kata Ilham bukan jodoh kau, kau kena kuat.Kalau berkahwin pun, ibu dia tak suka tak guna gak.Nanti masalah lain pula timbul,kita tak tahu""Aku faham Lin, cuma kau tahu keadaan aku sekarangkan, aku perlukan dia kerana dia saja yang banyak bagi aku semangat.Tapi sekarang aku kena redho"

"Kau bagitahu tak penyakit kau dekat dia?""Tak sempat Lin, aku tak sempat nak bagitahu apa-apa pun.Tak apalah,mungkin sudah di takdirkan aku kena harungi ni semua seorang diri""Sya, kau ada aku,Lin..kita sama-sama akan bagi support dekat kau,kau jangan give up sebelum berjuang.Ini baru stage one Sya, kau ada masa untuk lawan sakit kau""Betul kata Mala tu Sya, aku nak kau tabah.Kau kena ingat,ini baru sedikit ujian kau hadapi.Sekarang kau tumpu pada kesihatan kau.Mungkin Dia tak nak kau alpa sampai kesihatan kau tak di jaga,kita tak tahu Sya""Mungkin betul kata korang,aku memang give up tadi, tapi sekarang aku kena think positif, mesti ada sebab kenapa Dia takdirkan aku lalui semua ini.Aku redho dengan penyakit aku alami sekarang,aku redho Ilham tinggalkan aku,Mungkin dengan membahagiakan ibunya akan memberikan syurga untuknya"kata Natasya sambil mengalir air mata.Berpelukan mereka bertiga.

Selepas di rungkai kesedihan oleh rakan serumah, Natasya meminta diri untuk berehat.Pandangan sayu di hantar sehingga Natasya masuk ke biliknya.'Maaf Lin,Mala..aku tak boleh berterus terang dengan korang,kansel otak yang aku alami bukan stage one, tapi sekarang stage four.Aku redho' Mungkin tadi dia yang sebenarnya nak putuskan hubungan dengan Ilham, tapi sebaliknya berlaku.Memang dia terlalu sayangkan Ilham kerana Ilham lah insan yang banyak membantunya. Jika tidak kerana Ilham, dia tidak akan berada di tempat sekarang.Ya, dia menangis,merayu agar Ilham tolak permintaan ibunya mengenai wasiat arwah ayahnya, tapi bila dia fikirkan semula Ilham tidak akan bahagia dengannya,dia akan mati bila-bila masa sahaja.'Maafkan Sya Il,Sya minta halalkan semuanya'

Tiada ulasan: