Isnin, 2 Disember 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Bab 1

"Il..ibu faham Il tak boleh terima semua ni,tapi Il kena tahu ada sebab kenapa ibu nak Il kahwin dengan anak Puan Sri sayang"dalam keadaan sebak Datin Rosmah menuturkan kata-katanya sambil memandang anak sulungnya."Kenapa Il bu?kan Puan Sri boleh dapat orang yang lebih baik dari Il, Il nie biasa saja bu.Lagipun Il tak berkenan dengan perangai anak dia,terlalu sosial bu,tolonglah bu"rintih Ilham.

Ilham Shafiq termenung panjang memikirkan kata-kata ibunya.Ini semua kerana arwah ayahnya yang mahu mereka di satukan, atas satu sebab kerana budi!.Ya Allah,kenapa aku yang kena menghadapi semua ini?Aku tak sanggup,aku sudah ada pilihan sendiri.Kesian buah hati kesayanganku.Tetapi...
"Ibu,Il terima apa yang sudah arwah ayah hajatkan""Betul Il?terima kasih nak,ibu tahu Il tak akan menghampakan ibu,ibu yakin Il boleh ubah Za.Ibu yakin dengan Il""tapi bu...""kenapa sayang?"Berat mulut Il untuk berkata-kata,takut akan menguris hati ibunya, satu-satunya insan yang amat disayangi. "Kenapa Il?ada sesuatu ker yang bermain di fikiran Il?cakap saja sayang,ibu boleh terima" "Sebenarnya,sebenarnya..Il ada buah hati bu"Datin Rosmah memandang anaknya tanpa berkelip. Terasa impiannya untuk merealisasikan impian arwah suaminya berkecai."Il, jika Il rasa permintaan arwah ayah berat untuk Il tunaikan, ibu faham Il.Mungkin pilihan Il adalah yang terbaik,ibu redho sayang"dalam sebak,ada titisan air mata mengalir di mata seorang insan yang telah melahirkan Ilham Shafiq.Terpana Ilham melihat reaksi ibunya.Mungkin kata-katanya memang telah mengguris hatinya.
"Maafkan Il bu,Il bukan sengaja nak bagi ibu menangis,ibu satu-satunya insan yang amat Il sayang bu,Il dah tiada sesiapa pun kat dunia nie,please bu jangan menangis"tangan kasar Il mengesat air mata yang mengalir di pipi ibunya."Bu, Il terima jodoh yang ibu tetapkan.Mungkin gadis yang bertahta di hati Il telah di takdirkan OlehNya untuk orang lain.Il terima bu. Ibu jangan sedih,Il akan buat yang terbaik untuk ibu,kerana Il tahu sesuatu yang di rencanakan OlehNya untuk Il mesti ada sebab musababnya,ok ibu""terima kasih sayang"Dalam keadaan sebak, Ilham redho mungkin ini suratan buatnya.Dia akan buat yang terbaik.

"Nanti kita pergi ke rumah Puan Sri yea sayang, nanti Il boleh kenal dengan lebih rapat bakal isteri Il,ibu yakin Il akan terima Za.Dia dah banyak berubah sayang,mungkin dia sosial,tapi dia masih menjaga batas diri dia sayang"Ilham hanya mendengar kata-kata ibunya mengenai Suhaida Zaharah.Memang dia akui Suhaida Zaharah dahulu adalah seorang yang amat sosial orangnya.Sebut sahaja kelab mana dia tidak pernah pergi,baik di sini atau di luar negara semasa dia melanjutkan pelajaran.Tetapi itu 8 tahun dahulu,hanya dua kali sahaja Ilham berjumpa dengannya.Sejak balik dari belajar dan bertugas di sini 2 tahun lepas, Ilham masih belum berjumpa atau terserempak dengannya lagi.

Masih samakah sikapnya?Masih bencikah dia pada Ilham kerana dahulu dia selalu mengutuk dan mencaci perangainya?Ilham pernah bersumpah depan Suhaida yang sampai mati dia tidak akan berkahwin jika hanya Suhaida seorang sahaja perempuan di dunia ini.Tapi kini, kata-kata yang diluahkan olehnya, terkena batang hidungnya.Aduhai,nasib diri.Tekad Ilham untuk mengubah semua ini.Itulah niatnya, selepas beberapa hari membuat solat istiqarah dan solat taubat bagi mendapat petunjuk.

Tiada ulasan: