Isnin, 18 November 2013

CINTA SAMBAL BELACAN


Synopsis - Novel no.155
Harga :
Semenanjung RM 22.90
Sabah/SarawakRM 25.90
Rate : 7.5/10

Pelbagai taktik yang di lakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah di ambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi.Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resepi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya.

Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu.Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian.Namun akhirnya perjanjian yang di buat itu memakan diri.Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

Puan Adila - "Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie.Tapi kalau Ayie rasa tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa.Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia"

Tengku Ayie - Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya.Apa yang di arah semua dia tahu membuatnya.Apa lagi hendak di lakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu?

Lily Athira - Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri di perhati hanya suka memulinya dengan kerja-kerja rumah.Kalau di bulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana?

Tiada ulasan: