Isnin, 18 November 2013

ASAM PEDAS UNTUK DIA


Synopsis - Novel no.122
Harga :
Semenanjung RM 21
Sabah/SarawakRM 24
Rate : 9/10

 Aku Ainin Sofiya, hanya seorang pembantu rumah separuh masa.Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur di serahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.

Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya asam pedasku menjadi kegemarannya.Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan.Aku bukan mata duitan!Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya,tetapi dia meletakkan syarat.Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya.Aku juga tidak di benarkan hamil.Malah, aku tidak di maafkan jika perkara itu berlaku.

Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku?Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama.Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku.Hidupku terseksa dengan permainanya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Tiada ulasan: