Sabtu, 30 November 2013

SESI TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT

Alhamdulillah Syukur Ke AtasNya kerna saya di beri kelebihan dan kegembiraan untuk menapak setapak lagi ke hadapan di dalam kerjaya saya.Mesti kawan-kawan ingat lagi saya pernah bercerita saya menghadiri Taklimat Kerjaya untuk kenaikan pangkat ke Eksekutif bulan lepas.Selepas saya menghadiri taklimat tersebut, saya kena menjawab soalan mengenai Ujian Profile Diri melalui Harrison Assessment.Alhamdulillah saya dapat menjawab soalan tersebut dengan sebaik-baiknya.
 
Khamis minggu depan adalah tarikh penentu dan masa itulah saya akan melalui setapak lagi untuk melangkah ke alaf baru.Doakan kejayaan saya agar saya dapat apa yang saya impikan,andai jika saya sangkut di medan ini, saya redho.Mungkin sekurang-kurangnya saya ada pengalaman untuk menghadiri temuduga yang boleh saya kategorikan sangat complicated sedikit.
 
Untuk tempoh seminggu dua ini saya sibuk menghafal apa jua berkaitan TNB, in English tau kawan-kawan.Di samping itu saya juga akan menghafal untuk Test 2 bagi paper Pengenalan Kepada Kejuruteraan Industri minggu depan.Wah..memang banyak saya kena hadapi nanti.Selepas itu saya akan turun lagi ke Kuala Lumpur bersama kawan-kawan untuk Penilaian Prestasi.Ini belum lagi Lawatan Teknikal Ke TNB Mersing pada pertengahan Bulan December nanti.Memang saya sibuk, tapi kesibukan ini mengajar saya untuk manage time dengan sebaik-baiknya.
 
Saya juga tengah menghasilkan sesuatu, InsyaAllah walaupun ia memakan masa, tapi saya berharap kelahiran first baby saya akan dapat tempat di hati semua.Doakan yea..Kejayaan itu akan dapat di capai apabila kita berusaha.
 
Wassalam.
 
 

Khamis, 28 November 2013

KAU YANG TERAKHIR

Credit For Me : Sinopsis

"Kamu ke mana Za?Kamu lupa esok kamu nak nikah?Tak abis-abis merayap jer,mama cakap kamu langsung tak nak dengar!" - Puan Sri Marsila

"Mama, Za tak nak nikah dengan orang macam Ilman tue, please ma, tolonglah" - Suhaida Zaharah

Aku memang tak nak kahwin, tapi jodoh memang tidak dapat di elakkan.Itulah yang mama dan papa carikan kerana usiaku hampir ke angka 30-an.Tetapi insan yang di cari sebagai jodohku amat menyakitkan hati.Ilham Shafiq!Nama yang sedap di sebut tetapi tidak senonoh lakunya.

Kerna terpaksa Ilham Shafiq terpaksa melepaskan insan yang amat di sayanginya.Kerna terpaksa juga satu perjanjian di buat.Perjanjian yang membuatkan Suhaida Zaharah gembira.Akan tetapi mereka tidak tahu, di sebalik perjanjian mereka, satu kisah kenapa mereka di satukan bakal terungkai apabila perihal anak di bicarakan oleh kedua belah ibubapa mereka.

"Kau gila!Aku tak nak!Kau ingat dengan memenuhi impian diorang masalah akan selesai?Mana perjanjian yang kita tandatangan dulu?" - Suhaida Zaharah

Ku sangka langit selalu cerah, tetapi rupanya ada insan lain yang bertahta di hatinya.Demi untuk tidak mengguriskan dan mengecewakan hatinya, aku beralah.Keegoan bermaharajalela.Tapi, tiada siapa yang dapat mengelak takdir Allah SWT, jika itu sudah tertulis ,ia akan menjadi noktah juga bagi suatu perhubungan.

"Maafkan abang sayang, mungkin selama ini abang buta untuk menilai mana yang kaca, mana yang intan permata.Abang ego,abang silap dalam perhitungan" - Ilham Shafiq

Ahad, 24 November 2013

PROMOSI PENDAFTARAN BLOG NOVEMBER 2013

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah berkat kesabaran saya, walaupun kesibukan bekerja,kesibukan belajar dan kesibukan terhadap keluarga dengan menjadi seorang isteri serta ibu kepada hero-hero yang makin lasak, impian saya untuk membina blog tercapai dan di makbulkan OlehNya.Alhamdulillah, Syukran Ke Atas NikmatNya.

Memang masa saya di rumah amat terhad,kadangkala rumah hanya saya jadikan tempat tidur sahaja.Banyak masa saya habiskan di luar dan walaupun masa adalah terhad bagi saya, dapatlah juga saya bercerita serba sedikit di dalam blog saya yang tidak seberapa ini.Tetapi inilah kepuasan yang telah lama saya nantikan.

Banyak sebab kenapa saya belajar membuat blog.Perkongsian itu amat di perlukan dan di galakkan.Bukan setakat perkongsian hidup suami isteri sahaja, perkongsian ilmu juga amat di galakkan.Dengan berblog saya dapat bercerita apa sahaja, ibarat blog boleh di jadikan sebagai dairi hati saya.Dengan gadget yang sedia ada, saya boleh menaip bila-bila masa, di mana sahaja saya berada.

Apa itu blog?Apa yang boleh kita belajar?Apa yang patut kita buat?Bagaimana cara belajar?Masa terhad, bagaimana?Semua terjawab di sini.Masa yang sangat fleksibel, bila-bila masa sahaja kita oleh belajar, ikut masa kita, bukan masa yang di tetapkan oleh pengajar.Mudah bukan???

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 200 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.   Promosi pendaftaran November masih berlangsung. Daftar sekarang untuk dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara percuma. Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas online ini.    Dapatkan  ebook bakal terbit nanti 101 Idea Home-Based Bisnes. Boleh pre-order sekarang dengan harga RM30, harga selepas terbit adalah RM50. Dapatkan sekarang.tempah di sini   Promosi Pakej Bekerja Di Rumah, masih berlangsung Hanya Rm100 sahaja untuk sasaran tahun baru yang lebih baik. 

Daftar di sini : http://lylyaffazreen.blogspot.com/ atau hubungi saya di 0197676461.
Saya akan temukan anda dengan tenaga pengajar yang berpengalaman.Pn Anys Idayu Zakaria.

 

Ebook belajar asas blog :

Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama


EBOOK MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran

Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan 

Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan


EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
 CEPAT JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

Salam Tengahari Sabtu

Assalammualaikum wbt...

Pagi yang sejuk, hujan dari tengah malam, mesti ramai yang masih tarik selimut lagikan jika tiada aktiviti hendak di buat hari ini.Bestnya..Hari ini saya baru berkesempatan mencoret di blog, selama 2 hari saya sibuk menguruskan beberapa perkara.

Sebelum mencoret lebih panjang, saya nak ucapkan salam takziah pada kawan satu office kerana kehilangan ayahnya semalam,Muhammad Aiman Bin Ashari.Semalam Aiman kerja, duduk sebelah saya, saya antara orang pertama yang tahu ayahnya sakit dada on the way balik dari Kuala Lumpur selepas menghadiri meeting di sana.Ayahnya berhenti di hentian rehat (RNR) Pagoh kalau tidak silap saya, hubungi Aiman mengatakan sakit dada.Mungkin sudah di takdirkan yang Allah SWT lebih menyayanginya, lebih kurang pukul 5 petang semalam arwah menghembuskan nafas terakhir tanpa Aiman dan sesiapa kerana mereka sekeluarga on the way dari Johor Bahru ke sana selepas mendapat berita tersebut.Moga Aiman sekeluarga tabah menghadapi semua ini, kita redhokan arwah pergi dahulu.Saya hormat ayahnya kerana arwah salah seorang Pegawai PPD JB, jika saya ingin dapatkan pengesahan sijil-sijil,saya selalu meminta ayahnya untuk sahkan.Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Pemergian beliau di petang Jumaat, adalah penghulu bagi segala hari.Al-Fatihah.
Hero-hero saya sekarang sedang seronok bercuti di kampung saya di Negeri Sembilan.Saya dan suami tidak dapat turut serta kerna sibuk.Saya kena kerja,kuliah lagi, en suami pula sibuk nak siapkan Pencawang sevepat mungkin sebelum kami nak bercuti dalam minggu kedua bulan depan. Tak mengapalah, biar anak-anak suka ria di kampung dahulu,kami habiskan segala kerja yang ada dahulu.

Sebentar lagi saya akan ke kuliah bagi subject Pengenalan Kepada Kejuruteraan Industri dengan Dr.Izmir.Minggu sebelum ini saya terpaksa ponteng kuliah (tapi inform Dr. Izmir tau),kerna abanglong tidak sihat dan baru keluar hospital.Pengorbanan yang terpaksa saya lakukan.Test 1 untuk subject ini juga saya belum ambil, InsyaAllah hari ini saya akan berbincang dengan Dr.Izmir dan beberapa orang kawan-kawan yang belum ambil test tersebut.

Oklah,nanti saya bercerita lagi.Saya doakan moga hari ini lebih baik dari semalam buat kawan-kawan serta untuk saya sekeluarga juga.Amin.

Wassalam.

Jumaat, 22 November 2013

SERU SAJA BINTANG ITU!

Seru Saja Bintang Itu!
 
Synopsis - Novel no.139
Harga :
Semenanjung RM 22
Sabah/Sarawak RM 25
Rate : 8/10
Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang suka sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.

“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”
“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”

KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.

“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian

Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?

“Pergilah balik, menyibuk aje.”
“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?
“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina

“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian 

Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.

Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…

CHAN RAK TER AKU CINTA KAMU

 
Synopsis - Novel no.135
Harga :
Semenanjung RM 24
Sabah/Sarawak RM 27
Rate : 9/10

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

YANG INDAH HANYA SEMENTARA


Synopsis - Novel no.90
Harga :
Semenanjung RM 19.90
Sabah/Sarawak RM 22.90
Rate : 8/10
Yang Indah Hanya Sementara berkisar tentang suami isteri yang cukup bahagia.  Kebahagiaan mereka diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel.  Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya Samwil mengahwini Mis Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama.  
"Ni bukan soal dah terikut-ikut dengan kegilaan Sufiqa. Niat Sam hanya nak tunaikanbalik janji kita dahulu.  Lagi pun tak patut kalau Sara nak terus tunggu Mikail.  Cinta mana boleh macam tu.  Cinta suatu penyatuan zahir & batin. " ~ Samwil~.
Andai ada kenangan pernh mereka lalui, merka seharusnya sudah lma menceritakan kepada Syufika. Tidaklah sekarang Syufika menyimpan anggapan yang bukan-bukan apabila semuanya jelas.  Tindakan mereka mendiamkan diri, kemudian bersikap seperti mahu menyembunyikan sudah tentulah memerlukan rasa yang begitu dalam diri Syufiqa. ~ Syufiqa~.
 
"Jangan menangis.  Sara tak apa-apalah malah bangga kerana Mikail membuktikan cintanya terlalu ulung buat Sara. Dia tak ketinggalan Sara keseorangan. Dia tetap ada dalam diri Sara. Cuma Mikaillah kekuatan untuk Sara teruskan hidup sekarang ini. ~ Mia Batrisia~.

 'Yang Indah hanya Sementara' dihasilkan kerana saya cuba menterjemahkan hidup berlawanan di sebalik realiti yang saya alami.  Selain itu 'Yang Indah Hanya Sementara' saya hasilkan untuk melahirkan rasa kesal saya terhadap kehidupan masyarakat zaman sekarang yang terlalu bebas dan kebaratan. Ia juga mewakili madah penulisan saya untuk mengajak masyarakat kita kembali kepada agama dan bangsa dalam penulisan yang mudah diterima. ~Annur Puteri~.


SAYANG SEKELIP MATA

Sayang Sekelip Mata
 
Synopsis - Novel no.91
Harga :
Semenanjung RM 23
Sabah/Sarawak RM 26
Rate : 8/10
SAFA menyesal menerima tawaran kerja barunya. Nak ditolak, sudah terlambat. Dia enggan merempat dan mengaggur lebih lama lagi. Lebih parah apabila dia berdepan dengan Maliki yang dibencinya ketika melaporkan diri.

"Safa boleh tak awak jangan panggil saya encik?"
"Tapi encik kan anak majikan saya? Jadi, saya rasa lebih sesuai kalau saya panggil Encik Maliki."

Hati Maliki tercabar kerana dilayan dingin. Dia mahu mencuba nasib untuk memenangi semula hati wanita itu yang dirasakan sudah keras seperti tunggul kayu. Rasa cemburu mula membara di hatinya apabila melihat Daniel seperti mahu mendekati Safa. Mana boleh dibiarkan rakan karibnya itu memenangi hati wanita itu!

Hubungan antara Safa dan Maliki agak kompleks dan rumit. Ada rahsia yang disimpan dan sukar untuk dibongkarkan. Lima tahun yang lalu, mereka berkasih sehingga sanggup menentang adat dan budaya. Namun kini, rasa cinta dan benci bercampur aduk pada masa yang sama. Mengapa Maliki tidak kenal penat mengejar sedangkan Safa ligat melarikan diri?

ALAHAI,MAT SALIH!


Synopsis - Novel no.92
Harga :
Semenanjung RM19.90
Sabah/Sarawak RM 22.90
Rate : 7/10
Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. 

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? 

Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!

TAKDIR ITU MILIK AKU


Synopsis - Novel no.156
Harga :
Semenanjung RM 33.90
Sabah/Sarawak RM36.90
Rate : 9/10

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."


Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.






Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
 

   

Khamis, 21 November 2013

HELLO, MR. PERFECT!

Hello, Mr. Perfect!
 
Synopsis - Novel no.95
Harga :
Semenanjung RM 22
Sabah/Sarawak RM 25
Rate : 9/10
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

DAN SEBENARNYA...CINTA

Dan Sebenarnya... Cinta
 
Synopsis - Novel no.98
Harga :
Semenanjung RM 23
Sabah/Sarawak RM 26
Rate : 8.5/10
Nama saya Nur Sufrina binti Abdul Razak. Seorang pelajar universiti dan sangat berminat dalam bidang penulisan. Gadis yang biasa-biasa saja, tetapi orang kata senyuman saya manis. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu, saya memikul tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab selepas peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup saya dan keluarga saya.

 “Kalau apa-apa jadi kat akak, tolong akak jaga anak ni.  Lindungi dia macam anak Suf sendiri.  Kakak merayu.  Jangan benarkan Firdaus ambil anak ni!  Jangan benarkan!  Janji dengan kakak.  Ya, Suf?” – Nur Sazrina

Ya, Rohaizat memang sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Tapi saya masih tak pasti. Adakah dia orangnya?

“Kenapalah Sufrina?  Kalau awak tak cintakan saya, saya tak boleh salahkan awak.  Tapi kenapa saya tak boleh lupakan awak?  Kenapa mesti awak yang saya cinta?!” – Rohaizat

Tiba-tiba, dia hadir. Saya asyik tersenyum sendiri apabila teringatkan sikap egonya itu.
“Tak elok perempuan marah.  Nanti cepat berkedut.  Tengok, kedut-kedut kat muka awak tu dah makin nampak.” – Amirul Haikal

Adakah dia sebenarnya yang saya cari selama ini? Tapi, saya takut dia tak dapat menerima kehidupan saya yang sebenarnya…

“Saya cuma lelaki bodoh yang sentiasa ditipu oleh perempuan yang sama!” – Amirul Haikal

Akhirnya, siapakah yang menjadi pilihan hati saya, sedangkan sangat sukar untuk saya membuat keputusan ini? Saya memang sayangkan dia! Tapi kalau saya memilih dia, mampukah dia menerima kehidupan saya yang sebenarnya.
 

Mengapa dalam setiap agama diwujudkan perosak?



 

Kisah Dia Si Insan Kerdil

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi kawan-kawan semua.

Pagi nie saya nak kongsi sedikit cerita berkenaan seseorang yang di uji olehNya di saat beberapa bulan ia bakal berkahwin.Ia adalah cerita sebenar dan tiada penambahan perisa di dalamnya,original only.

Kisah ini terjadi beberapa tahun dahulu, saat sedih seorang insan yang berjauhan dengan keluarga, hanya mengharapkan bantuan kawan-kawan tetapi kawan yang paling rapat memfitnah dan menjatuhkan maruah insan kerdil ini.Terlalu payah untuk insan ini berhadapan dan mengharungi hari mendatang kerana maruah di letakkan di bawah tapak kaki oleh insan yang bergelar sahabat dan sewenang-wenangnya di pijak oleh mereka yang tidak tahu cerita di sebalik kejadian tersebut.

Insan kerdil ini telah bertunang pada masa tersebut dan bakal berkahwin untuk tempoh beberapa bulan semasa kejadian ini berlaku.Oleh kerana insan kerdil ini mempunyai sifat ingin berkawan dan ingin membantu, insan kerdil ini sudi berkongsi dan duduk serumah dengan sahabat yang sebelum ini baik padanya.Sahabat ini duduk berkeluarga bersama ibubapa dan adik beradik yang lain, tetapi insan kerdil ini di layan seperti anak sendiri pada mulanya.

Tetapi, selepas insan kedil pulang dari kampung dan ingin meneruskan rutin harian seperti biasa, bekerja, ia di uji dengan fitnah yang di lemparkan yang dia sendiri tidak lakukan dan dia sendiri tidak tahu apa-apa.Kerana insan kerdil ini tahu satu kisah ngeri mengenai sahabat ini, ia di pulaukan oleh sahabat dan terus di fitnah.Tetapi insan kerdil ini tidak pernah bercerita dengan sesiapa dan menjaga aib sahabat ini supaya ia tidak tersebar serta cuba untuk membantu sahabat ini ke arah jalan kebaikan, tetapi apa yang insan kerdil ini dapat adalah sebaliknya.

Terlalu kecewa di rasakan oleh insan kerdil ini kerana di tuduh sedemikian rupa oleh orang yang dia sayang pada mulanya, menangis insan kerdil untuk tempoh yang lama kerana benda yang tidak dia lakukan, tetapi dia yang kena.Di mana sifat sahabat ini yang sebelum ini susah senang, wang ringgit tak pernah di ungkit oleh insan kerdil ini.Apa yang di makan itulah insan kerdil ini makan, bukan duduk percuma insan kerdil ini di rumah tersebut, berbayar kerana insan kerdil ini tahu kesusahan sahabat sekeluarga.Insan kerdil ini tahu dia juga bukan orang senang.

Lebih buruk lagi fitnah ini menyebabkan reputasi insan kerdil yang tidak pernah menggangu orang dan bercerita pasal orang lain, di ketahui oleh pihak atasan insan kerdil ini.Terasa amat terduduk insan kerdil ini di saat pandangan serong kawan-kawan sepejabat.Bila kejadian ini berlaku, insan kerdil di pulaukan.Apa jua yang terjadi di pejabat tidak di beritahu kepadanya.

Akan tetapi,mungkin Dia hendak menguji insan kerdil ini.Insan kerdil ini keluar dari rumah tersebut dan berulang alik dari kampung ke tempat kerja selepas itu.Insan kerdil ini amat berterima kasih kepada tunangnya yang terlalu mengambil berat dan tahu kedudukan perkara tersebut.Padanya insan kerdil mengadu, menangis dan bercerita segalanya.Mungkin kerna fitnah yang tidak pernah insan kerdil ini lakukan, perkahwinannya langsung tidak di hadiri oleh rakan sepejabat.Terasa diri dipulaukan.

Tetapi insan kerdil ini tahu, ini dugaan.Alhamdulillah insan kerdil ini bangkit semula dan tidak peduli apa orang sekeliling katakan.Satu prinsip yang insan kerdil ini pegang sejak kejadian tersebut sehingga sekarang "jangan terlalu baik dengan orang sekeliling kerna kita punya hati berbeza, mulut manusia sentiasa manis, tetapi bila sudah pahit akan merana diri kita dan hidup umpama roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah"

Berkat semangat yang di berikan oleh ibu ayah serta tunang insan kerdil akhirnya dia berjaya.Selepas perkara ini berlaku,insan kerdil selalu beringat.Insan kerdil mahu sahabatnya sekeluarga mencari dia bagi memohon keampunan kerna maruah yang sudah tercalar tidak akan dapat di pulihkan kerna semua sudah mengetahui fitnah yang tidak pernah insan kerdil ini lakukan.Insan kerdil ini bukan berdendam, tetapi insan kerdil ingin sahabatnya tahu yang dia tidak pernah membuat semua itu seperti fitnah yang di lemparkan.

Kata-kata cacian,umpatan,pandangan serong dan maruah di pijak di telan bulat-bulat oleh insan kerdil ini kerna dia tidak punya ruang untuk memperbetulkan semua ini.Insan kerdil berserah kepadaNya untuk mengubah dan menginsafkan orang yang memfitnah dan sahabatnya sekeluarga.Perkara ngeri yang di lakukan oleh sahabatnya masih tersimpan kukuh dan tidak pernah insan kerdil jajakan kerna insan kerdil tahu ia adalah maruah sahabatnya sekeluarga.Mungkin sahabatnya sekeluarga lupa, hidup umpama roda.

Pengajaran dari kejadian tersebut terlalu banyak.Insan kerdil lebih berwaspada.Allah SWT membayar "cash" di atas dunia, orang sekeliling yang berkata bukan-bukan berkenaan insan kerdil akhirnya terima balasan.Bukan insan kerdil berdendam tetapi Dia lebih mengetahui dan lebih memahami kesusahan dan keperitan insan kerdil alami sejak kejadian tersebut.Syukur atasNya.Moga sahabatnya sekeluarga juga dapat "nur dan hidayah" tidak lama lagi.

Ingatlah,
 FITNAH LEBIH BERDOSA DARI MEMBUNUH!!!

Allah berfirman bermaksud : 
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

Rasulullah bersabda yang bermaksud :  
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud :
  "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wassalam.

Sumber : Insan Kerdil yang tidak punya apa



CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS

Cik Blur Dan Encik Ikhlas 

Synopsis - Novel no.137
Harga :
Semenanjung RM 19
Sabah/Sarawak RM 22
Rate : 8/10
 
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas

“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha

Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.

“Apa encik buat kat sini?”

“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”

“Rumah encik? Ini rumah encik?”

“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?

“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”

“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”

“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

CANTIK SEHIJAU EPAL

 

Synopsis - Novel no.132
Harga :
Semenanjung RM 25
Sabah/SarawakRM 28
Rate : 8/10

‘Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa.

Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu.

Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh!

Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya.


Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.

MAK DATIN ISTERI CIKGU

 

Synopsis - Novel no.131
Harga :
Semenanjung RM 19.90
Sabah/SarawakRM 22.90
Rate : 7.5/10
Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya ialah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukakan hati Nadira, teman yang telah banyak membantunya?

"Aku tak kisahlah kau kenal aku ke tak.Yang penting aku dapat jumpa kau.Dan aku tak akan lepaskan kau kali ini.Dan kau jangan harap dapat lepaskan diri dari aku kali ini" - Shahin Adiy

"Bila dah jumpa lelaki yang memenuhi citarasanya, dia terus berusaha mendapatkannya walaupun terpaksa melukakan hati kawan baik sendiri" - Nadira

"Aku dan Adiy jumpa semula kerana Dira.Aku ingatkkan Adiy dah lupakan aku.Jadi aku diam saja, buat-buat tak kenal dia.Aku memang tak harapkan apa-apa.Aku sendiri sudah memulakan hidup baru sebaik sahaja aku melangkah kaki ke semenanjung - Ayra

Rabu, 20 November 2013

SHA & SHAH

Sha & Shah
 
Synopsis - Novel no.116
Harga :
Semenanjung RM 26
Sabah/SarawakRM 29
Rate : 9/10
 
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…



SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!

Suamiku, Encik Perfect 10!
Synopsis - Novel no.111
Harga :
Semenanjung RM 23
Sabah/SarawakRM 26
Rate : 8.5/10
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.”Aleeya Azmeen
 
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.”Zarief Danial
 
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
 
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?”Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,”Aleeya Azmeen
 
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya 
Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Selasa, 19 November 2013

CINTA SEDINGIN MINT

Cinta Sedingin Mint
Synopsis - Novel no.150
Harga :
Semenanjung RM 24
Sabah/Sarawak RM 27
Rate : 8.5/10
“Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf kepada perempuan sombong macam awak. Fair enough!”- Halifie

Pertemuan pertama di antara Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci dalam hati mereka. Namun, jodoh mereka begitu kuat. Bermula dengan hidup berjiran sehinggalah menjadi hubungan kekeluargaan. Senang cerita, Cartaz Amani tidak dapat melarikan diri daripada Halifie.


Atas tiket hubungan kekeluargaan, Halifie cuba berbaik dengan Cartaz Amani walaupun gadis itu begitu dingin kepadanya. Persahabatan mula terjalin. Hubungan semakin akrab sehingga tahap di mana ada Cartaz Amani, di situ ada Halifie. Asyik berkepit 24 jam saja.

“Saya nak nasi goreng halia. Awak masakkan, ya… Saya lapar sangat ni. Boleh ya, Cartaz…” – Halifie

“Amboi! Suka-suka awak aje suruh saya masak untuk awak. Awak ingat saya ni tukang masak peribadi awak ke?”- Cartaz Amani

Benarkah mereka hanya teman tapi mesra?

“I do love her… I love Cartaz Amani.”

Si teruna sudah jatuh cinta. Bagaimana pula dengan si dara?

“Saya tak pernah suka awak. Saya tak pernah cintakan awak dan saya tak akan cintakan awak. Saya cintakan Zamir dari dulu, kini dan selama-lamanya. Awak jangan bermimpi untuk rampas saya daripada dia. Cinta saya tak akan beralih kepada awak sebab I am deeply in love with him.” - Cartaz Amani

Bicara angkuh Cartaz Amani menikam hati Halifie. Pemergian mama lelaki itu menambahkan lagi duka dalam hatinya lalu Halifie membawa diri untuk mengubati hati yang terluka.

Benarkah Cartaz Amani tidak mencintai Halifie? Jika benar, kenapa dia rasa kehilangan pada saat Halifie pergi daripada hidupnya? Adakah disebabkan rasa sedih kerana kehilangan seorang teman tapi mesra ataupun dia mencintai lelaki itu tanpa disedarinya? Selami kisah mereka dalam Cinta Sedingin Mint…



ORDER CAKE

Hai kawan-kawan, Assalamualaikum,

Hari ini saya nak bercerita serba sedikit berkenaan dengan KEK.Siapa suka makan kek?Di mana nak mencari orang yang buat kek sesedap Secret Recipe, SDS atau apa sahaja jenama kek yang popular sekarang nie?HALAL atau tidak?Semua itu perlu di ambil kira.

Saya suka order kek dengan seorang kakak nie (merangkap wife member satu office).Memang sedap,puas hati kalau order dengannya dan yang penting HALAL!!!.

Saya memang regular customer, maklumlah satu keluarga hantu kek.En Somi suka Butterscott , saya suka Snow Cheese, hero-hero suka Chocolate Cake.Memang pelbagai jenis kek yang ada, yang kakak nie boleh buatkan.Kalau nak kek ice cream pun ada tau.

Kepada kawan-kawan yang nak order dan nak cuba rasa kek kakak nie, silalah ke Fb beliau, cari   Ima Ramli (https://www.facebook.com/ima.ramli) atau
hubungi beliau di 0127382720
Kakak nie rumah dia dekat Permas Jaya.
Dia memang bisnes dari rumah, suri rumah tangga sepenuh mata.

Oklah, sesiapa ingin maklumat lanjut berkenaan kek kakak ini, sila hubungi saya (pun boleh)












Wassalam.

Isnin, 18 November 2013

KAHWIN GANTI

Kahwin Ganti

Synopsis - Novel no.84
Harga :
Semenanjung RM 21
Sabah/SarawakRM 24
Rate : 8/10

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

"Awak suka saya tak?"Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!"Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Synopsis - Novel no.83
Harga :
Semenanjung RM 30
Sabah/SarawakRM 33
Rate : 9.5/10

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau."
Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku."Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je.Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?"Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?"Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

SALAM TENGAHARI DI HARI AHAD

Assalamualaikum,

Hari ini saya bekerja petang.Memang busy beberapa hari nie sehingga blog tak terusik.Bila free, saya akan update seberapa banyak info.Inilah saya yang terlalu busy dengan aktiviti harian.Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik OlehNya, cuma badan sahaja lenguh-lenguh, mungkin sebab penat sangat.

Beberapa hari lepas anak sulung saya demam.Saya ada ceritakan di dalam entri sebelum ini.Pagi tue, saya urut satu badan dia, niatkan dalam hati moga abanglong sihat dan dijauhkan dari penyakit.Alhamdulillah esoknya terus badan dia siht dan sehingga hari ini dia berselera makan.Mungkin betul kata kawan-kawan, abanglong demam urat sebab kaki abanglong sejuk macam air batu.

Tetapi selepas urut abanglong, sehingga hari ini badan saya pula sakit-sakit, bisa-bisa.Tapi tak mengapa, janji abanglong sihat sentiasa.Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak iu.Moga ibu juga di beri kesihatan yang baik untuk sama-sama menjaga anak-anak iu,InsyaAllah.

Oklah, nanti saya sambung lagi.Kita jumpa di lain coretan yea.

Wassalam.

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Synopsis - Novel no.58
Harga :
Semenanjung RM34
Sabah/SarawakRM37
Rate : 9/10

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Synopsis - Novel no.86
Harga :
Semenanjung RM 20
Sabah/SarawakRM 23
Rate : 9.5/10

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”

“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.

“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?