Khamis, 10 Oktober 2013

Today Activity

Assalamualaikum,

Hai semua,saya otw na balik n9 nie,esok en husband ada kerja dekat Bangi.Banyak masa nie boleh saya bercerita dan mengemaskinikan blog saya esok jika berkesempatan..minta-minta Cikgu Anys tak bizi esok.

Sekarang nie cuaca hujan renyai-renyai dekat highway, kesejukan di dalam kereta. Nasib En Husband yang bawa kereta,so bolehlah saya rehat.Maklumlah saya nie rabun sikit,kalau drive waktu cuaca gelap atau hujan,saya tak confident sikit...hihihi...sebenarnya nak husband yang drive,malas...manja...

Hari nie saya bekerja seperti biasa, alhamdulillah semua berjalan dengan baik.Tengahari tadi saya dgn kawan baik beli abc,ice jelly,tahu bakar,rojak dan kacang pool dekat wisma persekutuan.Wah seronok makan ramai-ramai,hilang penat seharian.Gelak ketawa,suka ria...kongsi makan minum dengan kawan-kawan pejabat.Suasana yang selalu kami terapkan.Macam esok, jumaat turn budak lelaki dekat pejabat beli makan bagi kami semua,sebabnya mereka keluar pergi sembahyang jumaatkan, so beli sekali lah makannya..Alhamdulillah,kami memang terbiasa buat aktiviti macam nie,untuk eratkan silaturahim antara kami.

Oklah,nanti saya continue  lagi cerita.Nie saya dah nak hampir sampai tol yeng peng selatan...sambil taip nie tengok fast farious 5...cd baru terlupa bawak,so layan jer lah apa yang ada dalam kete nie (banyak cd cartoon jer sebenarnya,sebab hero-hero suka tengok dekat dalam kereta...da macam rumah bila En Husband pasang tv dalam kereta..huhuhu)



Wassalam...

Tiada ulasan: