Selasa, 8 Oktober 2013

This Day

Assalamualaikum,

Setelah beberapa hari tidak "menconteng" blog, hari nie baru berkesempatan. Bekerja pada shift petang, sibuk dengan kuliah & tugasan, membataskan masa buat saya. Hari nie pun saya paksa bangun awal walaupun pukul 2 am baru tido. Hendak "menconteng" dan "mengadap" tugasan untuk kuliah sabtu nie. Semester nie saya memang sibuk kerana kedua-dua subject yang di ambil adalah matapelajaran kejuruteraan. Kena push lebih untuk mengadap buku.

Semalam saya handle (jaga) 2 negeri bagi pantau kerosakan. Dengan keadaan sistem MFFA (hanya technician TNB sahaja yang tahu apakah ia) yang sedang di upgrade, ia menyukarkan segala kerja, segalanya lambat dan terpaksa memakan masa untuk saya dan kawan-kawan melaksanakan tugas seharian. Tapi itulah kami, bersedia dan terus bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Hari nie dan esok saya di kira off day.Tapi di sebabkan kena ganti kerja (kerna menghadiri kuliah pada hari sabtu dan ahad), saya terpaksa bekerja. Hari ini saya kerja petang. Wahhhh bertambah mengantuklah saya..tapi tugaskan...Sebab mengantuk satu jer, ajak en somi pergi beli McD lepas balik dari kerja pagi tadi. Sampai rumah jer dah dekat 12.30am, buka jer pintu tengok en somi mengadap laptop, print segala kerja beliau (en somi kerja bahagian projek), so beliau memang banyak kerja yang kena mengadap komputer..saya terus ajak beliau g beli McD..lapar sangat, maklumlah saya nie baru kena gastrik, so kena berjaga-jagalah. Nasiblah dapat en somi yang tidak banyak bercakap, on jer apa yang isteri dia nak, so terus bersiap-siap pergi beli makanan isterinya (termasuk dia sekali..hihihi).Macam manalah nak kurus yea..

Oklah kita stop post berkenaan nie dulu yea..saya nak write something berkenaan satu penyakit yang menyerang anak saya sehingga kini.Nanti boleh continue yea membaca. Blog ini bukan untuk bisnes sahaja, ia berkenaan diri saya dan keluarga..Ok, see you soon..

Wassalam



Tiada ulasan: