Ahad, 27 Oktober 2013

TAKLIMAT PERSEDIAAN KERJAYA EKSEKUTIF

Alhamdulillah, kali ini saya di beri rezeki olehNya, kerana permohonan saya kali ke-4 di permudahkan dan saya berjaya untuk melangkah setapak lagi ke arah peningkatan kerjaya saya.

Saya telah mendapat email pada petang khamis yang lepas, meminta saya untuk menghadirkan diri di Taklimat Peningkatan Kerjaya Eksekutif yang akan di adakan di Ilsas,Bangi.Syukur KepadaNya.Amin..

Selama beberapa kali saya memohon, kali ini baru saya dapat.Walaupun ia adalah step pertama bagi peningkatan kerjaya saya, saya akan cuba buat yang terbaik bagi diri saya.Ia adalah satu kepuasan walaupun belum di janjikan akan dapat jawatan tersebut, tetapi saya akan cuba yang terbaik.

Ex-boss saya, Puan Maimunah Jalil, banyak membantu saya.Beliaulah orang pertama yang menyuruh saya apply this position,maklumlah saya nie susah nak apply job lain...suka naik gred jer..tapi selepas di branwach oleh beliau, saya bersedia untuk bergerak maju ke hadapan, ini kerana beliau tahu saya boleh.Kerana itu jugalah, saya future study degree in UTM.Beliau pernah berkata,"sampai bila awak nak duduk di bawah,awak kena usaha,awak boleh, awak boleh banggakan kami dan diri awak dengan peningkatan yang awak boleh lakukan".

Beliau adalah sumber inspirasi saya kerana beliau sebagai seorang BOS, tidak pernah memandang anak buah dengan pandangan yang rendah, beliau sentiasa berusaha.Bahkan, apabila saya dapat email ini, saya inform beliau.Beliau amat gembira,akhirnya saya berjaya.Beliau tidak mahu saya duduk di takuk yang lama,jangan bergelumbang dengan apa yang saya dah biasa buat sampai bila-bila, beliau suruh saya meningkatkan diri.Beliau menyuruh saya menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi bagi menuntut ilmu, kerana ilmu tidak akan habis, semakin lama kita pelajari, kita akan dapat sesuatu yang menarik tentang ilmu itu.

Kegembiraan ini saya kongsi dengan kawan-kawan rapat saya di office, saya kongsi dengan my husband saya serta hero-hero.Alhamdulillah, mereka banyak bagi sokongan dan berdoa saya akan berjaya ke tahap yang saya inginkan.

Saya harap dan berdoa saya berjaya.Saya juga meminta kawan-kawan doakan kejayaan saya dan doakan apa yang saya impikan akan dapat saya kecapi.Amin.

Wassalam.

Tiada ulasan: