Jumaat, 25 Oktober 2013

SUAMI AKU USTAZ




 
Synopsis  - Novel no. 138
 Harga : 
Semenanjung RM22
Sabah/Sarawak RM 25
Rate : 8/10

Alisa berumur 17 tahun dipaksa kahwin oleh ibu bapa sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji.Mak ayah Alisa tidak mempercayai sikapnya yang liar untuk ditinggalkan sendirian kerana Alisa anak tunggal.Mak ayahnya mencadangkan dia berkahwin dengan sepupunya sendiri Hafiz dan juga merupakan ustaz (guru agama) yang mengajar di sekolahnya.

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Pernikahan mereka dihadiri keluarga terdekat sahaja dan berlangsung tanpa majlis persandingan kerana majlis akan dibuat selepas Alisa habis peperiksaan SPM nanti.

Tetapi Ustaz Hafiz berjaya membentuk Alisa menjadi isteri yang muslimah lagi dibanggakan. Dan result SPM dia 9A! Gempak!

Mereka hidup berdua dan pelbagai pahit manis romantik,sepanjang perkongsian hidup.

Walaupun ada godaan yang tiba melanda hati Alisa sepanjang menjadi mahasiswi (kerana dia tidak bersedia memaklumkan status perkahwinannya, bimbang tidak mendapat penajaan biasiswa), tetapi akhirnya Alisa sedar andai dia menurut kata hati dan godaan seorang lelaki lain yang baik terhadapnya, sudah pasti rumah tangganya akan tergugat.

Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan.Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
 

Tiada ulasan: