Rabu, 30 Oktober 2013

Selepas Taklimat


Alhamdulillah saya selesai menghadiri Taklimat Kerjaya bagi jawatan Eksekutif di Ilsas, Bangi.Step pertama saya sudah lepasi, sekarang saya kena sedia fizikal mental untuk step kedua.

Step kedua ini memerlukan ketahanan fizikal mental saya di dalam membuat esei in english, small group discusion and presentation and last part interview.Wah, besar dugaan untuk menjawat jawatan eksekutif di TNB nie, tapi saya akan cuba usahakan untuk yang terbaik.

Pelbagai tips sudah saya dapat, saya akan cuba buat dan aplikasikan apa yang di beritahu oleh Pn Fadlihatun bahagian HQ HR Department. Moga segalanya akan di permudahkan OlehNya,Amin.

Step terakhir, comfirmation dari Bos bila sudah di naikkan pangkat ke eksekutif.Risau saya hendak tempuh 2 step tersebut, lebih-lebih lagi step kedua yang di jangka akan di lakukan pada pertengahan bulan November ini.Dup,dap,dup,dap rasa hari nie...tak lena tidur saya di buatnya.

Untuk tempoh 2 bulan terakhir sebelum berakhir tahun 2013 ini, saya terlalu busy dengan pelbagai ujian untuk saya. Saya akan cuba buat yang terbaik kerana saya hendak menjadi seorang yang berjaya serta di pandang tinggi oleh semua,tapi bukan riak tau,tue tak baik....

Doakan saya berjaya mencapai target yang saya tetapkan dan saya juga ada target untuk saya capai selepas saya memperolehi Degree yang di jangka akan habis pengajian pada penghujung 2015.Wah,banyak tue target...

Wassalam.

Tiada ulasan: