Rabu, 30 Oktober 2013

Selamat Petang

Assalammualaikum,

Hari nie saya kerja pagi, hari yang mendung dan penuh dengan pelbagai dugaan sebab menjawab panggilan kerosakan pengguna..mental fizikal kena tahan nie... Alhamdulillah,saya di beri kesempatan untuk belajar bersabar dan handle pengguna walaupun bukan face to face..

Saya nak bercerita berkenaan my lovely son, anak-anak yang makin membesar nie.Anak sulung saya tidak sihat, asyik muntah sahaja. Anak saya nie memang susah sakit,kalau sakit makan hari nak sihat.Berbeza dengan adiknya. Bukan susah sakit sahaja,tapi SUSAH HENDAK MAKAN.Puas saya suami isteri cari cara bagaimana hendak bagi dia makan,sampai belikan makanan kegemaran dia, masakkan apa yang dia suka...tetap susah juga.Tapi bila mood baik, jangan cakap, makan tak ingat dunia...Balik kerja nie, saya suami isteri akan bawa dia ke Klinik i-Sihat untuk ambil rawatan seperti biasa.

Anak bongsu saya pula macam-macam ragam.Teringat semalam masa ayahnya tengah bayar duit rumah,kereta...kami duduk tunggu dalam kereta.Borak punya borak,saya ada tersalah cakap sikit, boleh dia cakap "ibu jangan cakap macam tue, nanti Tuhan potong mulut"saya terus terdiam, lepas tue terus gelak.anak oh anak...Saya tanya, "potong macammana?"Dia terus letak tangan dekat leher saya, buat cara potong...Bahaya betul, pengaruh tv nie macam-macam...Terus saya nasihat, tak baik buat macam tue...Dia angguk sahaja.

Melayan kerenah anak nie hilang terus kepenatan bekerja.Anak-anak saya makin pandai berkata-kata, kadangkala TEWAS saya untuk menjawab segala persoalan mereka.Tapi keseronakan itulah nikmat yang saya syukuri sangat-sangat.

Oklah,nanti saya sambung lagi bercerita yea.Banyak saya nak story dekat sini.

Wassalam.

Tiada ulasan: