Selasa, 22 Oktober 2013

Selamat Pagi

Assalamualaikum,
Beberapa hari nie saya busy sangat sehingga tidak dapat mencoret entri  di dalam nie..Traffic blog saya juga menjunam..huhuhu

Sabtu lepas, saya terlibat di dalam Hari Keluarga TNB Peringkat Negeri Johor Bahru yang di adakan di Padang Kuarters TNB Kempas. Saya punya Department, in charge Pertandingan Mewarna dan Bayi Sihat. Bagi Pertandingan Mewarna ada 3 kategori. 3-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Seronok tengok anak-anak kecil mewarna dan bayi-bayi yang comel-comel masuk pertandingan bayi comel. Anak saya juga tidak ketinggalan join sama aktiviti mewarna. Maklumlah anak saya umur baru 3 tahun dan 5 tahun. Yang abglong dapat no 3, yang adik dapat saguhati no 6. Dapatlah hadiah pensil colour abglong dan adik pencil case..Seronok mereka.
Tengahari selepas habis jer bahagian saya (hari keluarga tak habis lagi..), saya terus ke rumah mother in law untuk bersiap-siap sebab petang jam 2 saya ada kelas Proses Pembuatan dan malamnya saya ada test 1. Memang lepak saya seharian. Sudahlah beberapa hari sebelum nie saya tidur tidak cukup, memang badan teramat-amat letih sangat. Selepas habis kuliah dan test 1 (abis kuliah dekat pukul 10 malam..), saya terus ke rumah MIL semula. En Husband ada tunggu di sana.

Bincang punya bincang, pagi esok saya dan MIL serta adik beradik ipar nak ke Star Hill Kempas, bawa anak-anak mandi kolam.Balik dari rumah MIL memang saya terus tidur, teramat penat. Esoknya En Husband yang kejutkan, kalau fikir dah berjanji, mesti saya cancle dan tarik selimut. Pagi ahad yang best kalau sambung tidur.hahahaah..

Selepas sarapan di rumah MIL, kami bergerak ke sana (lebih kurang 10 minit sahaja perjalanan dari rumah MIL). Anak-anak memang seronok, sampai tengahari kami di sana, kalau ikut anak-anak memang nak lama lagi berendam, ibunya yang tumbang dulu. Lepas mandi dan gerak balik ke rumah MIL semula, En Husband dah menunggu (En Husband tak join sama, sebab kerja).Dalam pukul 1 lebih kami gerak ikut En Husband pergi tapak site (PPU Mawai, Kota Tinggi) tuk dia ambil gambar bagi meeting esoknya.

Sampai rumah sudah pukul 5 lebih, saya terus operasi membasuh baju yang sudah 2 bakul (tak sempat membasuh sebab terlalu sibuk, sampaikan rumah sudah jadi hotel). Malam saya ada discussion group. Wah lepas beberapa hari nie saya, tak cukup rehat. 
Dan semalam saya kena pergi office walaupun saya ada meeting, ada Kursus dan petang ada cabutan undi untuk penentuan group kerja baru.Walaupun masih penat, tapi saya rasa seronok kerana saya kekal di Group yang Leadernya Haji Mohd Huzaini dan kawan "aku,dia dan kamu" Norhalis, cuma ralat kawan lagi sorang group kami terpaksa bertukar group iaitu Anizah. Tak mengapalah, janji jumpa juga walaupun tidak selalu.
Balik dari office, terus operasi mengemas rumah.Malam saya sekeluarga mencari makan malam sebab masih belum makan dinner lagi. Puas mencari kedai makan, banyaknya kedai tutup. Last-last kami makan di kedai makan dekat Masai, bolehlah dari tiada.
Itulah serba sedikit aktiviti saya dalam beberapa hari nie. Walaupun penat, tetapi keseronokan memang terasa. Alhamdulillah Dia masih memberi kesihatan yang baik untuk saya mengharungi hari-hari yang mendatang.

Oklah, nanti kita sambung lagi yea.Banyak nak di ceritakan, cuma masa membataskan segalanya.

Wassalam.

Tiada ulasan: