Ahad, 13 Oktober 2013

Selamat Malam

Assalamualaikum,
 
Hampir 2 hari saya off dari membuka blog, terlalu busy dengan kuliah yang balik lewat malam, tugasan yang masih belum siap dan kerja. Balik dari kampung jumaat lepas, saya terus tidur akibat terlalu penat sangat. Esoknya selepas hantar en husband ke pejabat, terus balik masak dan tengahari hantar hero-hero ke rumah "tokpah"nya. Selepas itu terus pergi kuliah, sampai 15 minit lewat,nasib PM Dr Izmir belum sampai lagi. Malam selepas habis kuliah, ambil hero-hero, sampai rumah sudah dekat 12 malam, terus tidur. Esoknya,iaitu hari nie terus pergi kerja, sekarang berada di kampung selepas gerak dari office after finish the work...waduhhhhh, terlalu letih badan, tapi semua mesti kena buat, dugaan dan cabaran sebagai saya isteri yang bekerjaya.
 
Sebenarnya saya tiada apa nak di kongsi malam ini, just nak bagitahu planning esok dan lusa sahaja. Esok saya akan ke pasar (terpaksa, walaupun tak suka), beli kelengkapan nak memasak tuk lusa. Dari petang sampai malam operasi memasak, InsyaAllah. Walaupun hanya Raya Haji, tetapi saya sekeluarga tetap memasak juadah walaupun juadah yang simple sahaja. Nanti pagi raya, saya akan terus balik kampung ayah, di Gemencheh..tempat saya di lahirkan..Ibadah korban akan di jalankan di sana.
 
Padat aktiviti saya 2-3 hari nie, tetapi saya akan cuba create something dekat sini walaupun bercerita ringkas aktiviti saya seharian. Oklah, saya nak upload koleksi clearance stock tudung,blouse dan sebagainya.Masih belum berkesempatan. Insya Allah jika tak mengantuk, saya akan upload semua, jika tak, esok-esok sahaja yea.
 
Wassalam.

Tiada ulasan: