Khamis, 3 Oktober 2013

Saya

Salam,
Lyly Affazreen Bte Abdul Latiff
30 Tahun
Masai, Johor
Anak 2 orang (Lelaki kedua-duanya)
Status Berkahwin
Bekerja di Sektor Badan Berkanun
Hai kawan-kawan, kat atas tue saya perkenalkan serba sedikit mengenai diri saya. Kot-kot ada yang nak mengenali...
Tujuan saya adakan blog ini untuk membantu adik saya yang menjual aneka jenis tudung, jubah, seluar, blouse dan sebagainya. Beliau menjual di kampung halaman saya di Negeri Sembilan. Buat masa sekarang beliau beroperasi di rumah dan sedang membina kedai di hadapan rumah di kampung (maklumlah rumah saya jalan utama walaupun kawasan kampung).
Adik saya mendapatkan bekalan melalui pemborong-pemborong di Kuala Lumpur. Harga yang di tawarkan juga adalah murah dan kami akan sentiasa mengadakan clearance stock seperti yang saya upload dalam entri sebelum ini.Nanti saya akan upload gambar lain bila berkesempatan yea.
Selain beroperasi sebagai membantu adik saya berbisnes, saya juga akan gunakan blog ini sebagai tempat untuk bercerita mengenai novel-novel (sebab saya nie pengumpul novel, ada beratus-ratus) dan saya juga akan bercerita aktiviti seharian sebagai pelajar, pekerja, suri rumah dan ibu kepada hero-hero saya, kan blog nie DIARI WANITA BEKERJAYA...
Ok, nanti kita sambung lagi coretan, next time kita boleh communicate bila saya improvekan lagi blog saya. Saya masih belajar lagi melalui Cikgu saya, iaitu Pn Anys Idayu Zakaria. Tq Cikgu.
Wassalam, terima kasih.

Tiada ulasan: