Selasa, 15 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA

Alhamdulillah,selamat sudah aktiviti bekorban saya sekeluarga di kampung ayah saya di Gemencheh ,Negeri Sembilan.Alhamdulillah juga, dapat kami agihkan daging,tulang,hati, limpa dan sebagainya kepada mereka yang memerlukan.

Juadah kami di pagi raya tadi adalah ketupat, lemang, ayam rendang,kuah kacang dan mee bandung.Alhamdulillah kenyang sudah...ermmm...

Sekarang saya sekeluarga baru sahaja bertolak balik ke Johor Bahru,moga perjalanan kami selamat dan di jauhi dari segala kemungkinan yang tidak baik.Amin.Anak bongsu saya juga lepak,lepas minum susu terus tidur.Kepenatan teramat sangat bermain dengan sepupu dia.

Ok,jumpa di lain coretan..nak melayan en husband borak supaya tidak mengantuk..

Wassalam.

Tiada ulasan: