Jumaat, 1 November 2013

Morning

Assalamualaikum,
 
Pagi-pagi lagi saya sudah berblog yea.hihihi..apa boleh buat tak boleh tidur.Dari pukul 3 pagi tadi abanglong gelisah sahaja, saya yang tidur sebelah abanglong (tumpang katil abanglong tidur..), asyik tengok abanglong pusing kiri kanan.Dalam 3.30 pagi abanglong kejutkan hendak buang air.Saya rasa tilam basah, ingat abanglong dah "terkuncil", rupanya air yang masuk melalui tangan abanglong, tumpah. Wayar tercabut, habis basah tilam, keluar darah, kenalah pada baju saya.
 
Nurse betulkan,menangis abanglong cakap sakit.Ingat lepas tue ok, tapi abanglong tetap tak boleh tidur.Dalam 5 lebih sekali lagi abanglong kata nak buang air.Abanglong gelisah sahaja.Risau saya di buatnya, now saya tidak boleh tidur,duduk berjaga sambil berblog.
 
Botol keempat sudah abanglong masuk air.Banyaknya, harap selepas ini abanglong boleh makan, makin bertambah selera makan dan tak muntah lagi.Susah hati ibu.
 
Lagi satu, saya tak boleh tidur sebab orang katil sebelah (bapanya,anak yang sakit) tidur kuatnya berdengkur.Ya Allah, serabut di buatnya.Kalau dari bilik air boleh dengar, apatah lagi kalau saya duduk dekat sebelah katilnya. Semalam abanglong siap tanya, "bunyi apa tue bu?"Takut dia, siap peluk.Ingat nak record bunyi tue, bagi dia dengar boleh tak?Hihihihi..saya nie sebagai penghuni katil sebelah, terpaksalah bersabar.Pujuk abanglong tidur.
 
Kadangkala saya pelik, mereka nie rasa selesa pula kalau berdengkur kuat-kuat.Yang wifenya, selamba sahaja.Jika saya, suami berdengkur sikit sahaja, walaupun bunyi perlahan saya akan kejutkan.Taknak en suami terbiasa.Nanti menganggu orang pula, lagipun tak nak malu.Ini saya lihat, sampaikan nurse pun tersenyum-senyum bila masuk wad kami, bunyi dengkuran yang kuat. Saya senyum jer lah, harap abanglong cepat keluar.
 
Oklah, nak cari idea untuk menaip kerana tak boleh tidur dah. Ingat saya nak google pasal berdengkur,nanti saya kongsi dengan semua yea.Sekarang saya rasa stress sangat sebab bunyi dengkuran di sebelah macam bunyi orang tengah marah, aduhai "Encik yang bapa kepada anak di katil sebelah yang sakit", tolonglah ada kesedaran sivik sikit, kita di dalam wad hospital, bukan di rumah yang boleh kuat berdengkur.Menguji kesabaran saya betul.
 
 
Wassalam.

Tiada ulasan: