Ahad, 27 Oktober 2013

Morning

Salam,

Masa amat membataskan saya dalam beberapa hari ini untuk mencoret serba sedikit aktiviti harian.Macam-macam yang berlaku dalam kehidupan saya seharian beberapa hari ini.

Oleh kerana dalam tempoh 2 minggu Kuliah tiada (sebab UTM konvo dan perayaan  Deepavali), saya banyak menghabiskan masa dengan melihat nota-nota kuliah, kerana naik cuti nanti saya akan menghadapi Test 1 bagi paper Pengenalan Kepada Kejuruteraan Industri oleh PM Dr Izmir.

Semalam saya berkumpul dengan sebahagian adik beradik suami (sebahagian sahaja, kerana adik beradik suami ramai, ada yang bekerja).Kami berkumpul di Taman Nusantara, Gelang Patah,di rumah adik ipar.Mak mertua buat laksa johor,adik ipar masak nasi dengan pelbagai jenis lauk dan ada ayam bakar.urmmmmmm...sedap sangat, sampai kenyang perut.Selepas tue saya balik, terus pergi Angsana Mall, mencari kasut untuk taklimat isnin nanti.Balik beli Pizza Hut, makan lagi...hihihi..Penat, tapi memang seronok...

Oklah,nanti saya akan story lagi.Ada sesuatu saya hendak kongsikan dengan kawan-kawan semua.Jumpa di next post yea...

Wassalam.

Tiada ulasan: