Jumaat, 4 Oktober 2013

Kerjaya Saya

Assalamualaikum.. 
Selamat Tengahari kawan-kawan...
Sebelum bersiap-siap nak g keje nie, saya na coret skit pasal tempat kerja saya..Harap kawan-kawan tak bosan untuk membaca kerna saya nie suka menaip, menulis...waduh...jauh lari dari keje sekarang.
Saya sebelum nie bekerja di Bangi, Operator Telefon/Penyambut Tetamu di TNB Research Sdn Bhd..percaya x muka yang xseberapa nie jadi penyambut tetamu, tapi itulah saya. Maklumlah baru graduation time tue, so apa keje yang dapat saya sapu jer..time tue plak xboleh memilih sangat keje, sebab susah nak dapat keje..Selain tugas hakiki ambik kol, buat kol dalam dan luar negara, sambut orang datang office..saya belajar sesuatu perkara. Bila orang cakap angkat kol, mesti kata "Low Class", tapi tahu tak kawan-kawan yang fizikal mental kita kena kuat bagi job seperti ini. Kita berhadapan dengan orang face to face. Saya seronok keje macam nie walaupun lari dari bidang yang saya belajar dulu.

Sekarang saya masih di posisi yang sama, tapi pindah office. Saya bekerja di TNB Jalan Yahya Awal,Johor Bahru. Tapi dah naik gred lah, cuma tak keje face to face dengan customer, melalui telefon plak. Saya bekerja dalam bahagian panggilan kerosakan 15454. Seronok tau keje nie...hihihi.. Ini lagi mencabar, bukan setakat customer nak report kerosakan sahaja, kadangkala nak kol bekalan air, telekom pun kol TNB tau. Kerenah customer jangan cakaplah.

Saya pernah mendapat panggilan lucah (dahulu masa kerja shift malam), pernah dapat pengguna nak berkenalanlah (ada kawan yang berkahwin dengan pengguna tau..hihihi), yang kurang siuman jangan cakaplah...tapi tak kurang juga customer yang maki hamun walaupun penerangan tentang kerosakan telah kita berikan dan jangkamasa untuk baiki (not for big fault). Kami nie antara DUTA KECIL TNB yang membantu customer dengan menyalurkan maklumat dan masalah.

Fizikal Mental memang kena kuat bagi operator kerosakan nie. Tapi saya bangga, dekat 10 tahun saya bekerja saya happy dengan job sekarang. Ini kerana dari sini kita belajar untuk disiplinkan diri kita, kawal tahap kesabaran kita dan yang penting nawaitu kita nak tolong orang (walaupun just salurkan maklumat ke mereka yang baiki kerosakan).
Yang part paling best, bila kerja tak di bawa balik ke rumah. Abis dekat office, so lepas tangan. Esok datang buat kerja macam biasa, tidak terikat. Memang orang akan cakap penat, letih,kerna bekerja shift...saya juga alami..bukan penat dan letih dari segi fizikal sahaja, tapi mental jangan cakaplah. Tapi itulah dugaan yang kami kena tempuh di dalam alam pekerjaan.

Sekarang nie saya juga ada memohon untuk naik ke jawatan yang lain, kawan-kawan doakan yea. Yealah, sampai bila saya nak angkat kol jer kan, saya juga perlukan sesuatu improvement untuk diri saya, perlukan kepuasan dalam diri saya bagi menaikkan semangat saya untuk berjaya. Itu sebab saya future study, saya nak improve knowledge dan experience saya. Saya nak jadi contoh terbaik untuk anak-anak saya.(thanks a lot my x-boss Pn Maimunah Jalil yang bagi moral support tuk apply jawatan yang berkelayakan and than my new bos Pn Aishah Abd Mulup yang suh apply Eksekutif, doakan berjaya Pn..nanti kita kenduri dekat office..hihihi..)

Keseronokan bekerja tidak sama dengan keseronokan belajar, menjadi seorang ibu atau isteri.. tapi bila semua keseronokan itu di gabungkan, ia menjadi sesuatu yang HEBAT untuk kita nikmati. Semasa belajar, saya belajar benda yang lain, bidang yang lain..tapi bila bekerja saya bekerja bidang yang lain..satu pembaharuan..Saya tahu saya boleh, kawan-kawan juga boleh. 
My Husband selalu kata "Kita kerja kerna Allah SAW". Dia tahu saya boleh dan saya telah buktikan pada beliau saya boleh. Bukan setakat dengan kerjaya ini sahaja, tapi saya cuba perbaiki diri saya dengan tambahkan ilmu dengan belajar lagi. Bukan niat meninggi diri, tapi saya suka keseronokan saya di kongsi dengan kawan-kawan.Alhamdulillah My Husband memang banyak membantu. Dialah antara Mentor saya dunia akhirat.

Oklah, nanti kita sambung lagi. Seronok menaip nie. Maklumlah dulu na jadi wartawan, xkesampaian, na jadi penulis, xpandai..nie baru berjinak-jinak..Saya nie tak suka cerita face to face, suka melalui alam maya..Keseronokannya lain...Oklah, babai..see u next post.

Wassalam.

Tiada ulasan: