Rabu, 23 Oktober 2013

Kenapa Love You Mr. Arrogant?

Salam,
Tadi saya dah post berkenaan synopsis Love You Mr Arrogant yang sekarang di tayangkan di TV3 jam 7-8 pm.Wah, mesti ramai yang dok mengadap TV3 masa tue kan, tapi jangan lupa maghrib tau!!!
Saya nak bercerita sedikit, My Husband adalah peminat setia tau cerita nie..hahaha..masa tue dah beberapa episode cerita tue di tayangkan, saya nie jarang tengok TV,suka record sahaja..maklumlah pakai astro beyond yang boleh record...promote kejap..So, bila saya terlupa record satu hari tue, saya minta My Husband recordkan, dia pun dok tengoklah cerita nie...lepas tue bila di tayangkan, saya suka ajak dia tengok sama, sebenarnya sebagai peneman.
Dalam pada saya dok ajak tue, dia jadi suka plak. Satu hari tue masa saya kerja shift petang, Mr Husband call tanya novel tue (saya nie pengumpul novel melayu yang romantic), saya terkejut,menjerit terus,gelak besar...tak pernah Mr Husband saya tanya pasal novel saya, nie dia sibuk suruh bawak balik, kebetulan pulak kawan satu office pinjam, so saya tak bawaklah balik malam tue.
Bayangkan setiap hari Mr Husband sibuk dok ingatkan saya bawak novel tue, last-last terpaksa bagitahu kawan, cepatkan baca, nanti pulangkan pada saya.Yang saya kelakar, ke mana-mana mesti bawa novel tue untuk di khatamkan.Mr Husband, Mr Husband...:-)
Oleh kerana dia dah suka tengok cerita tue, so hari-harilah saya record untuk dia (kalau dia balik lambat).Tapi satu jer yang saya suka,bila Mr Husband suka tengok cerita apa yang kita suka tengok, di sini akan mengeratkan hubungan kami suami isteri. Kami gelak bersama, bercerita,bercakap bersama, komen bersama..semua bersama tentang cerita nie.Saya rasa bahagia kerana kami susah untuk berjumpa kerana Mr Husband memang busy orangnya, saya bekerja shift, walaupun satu floor yang sama di TNB, tapi masa membataskan semuanya.
Sekarang kami cuba mencari minat yang sama untuk kami kongsi. Dari situ hubungan husband and wife akan sentiasa mekar..Alhamdulillah walaupun hamper 6 tahun usia perkahwinan kami, kami bahgia..kalau ada gaduh sikit-sikit tue adatlah suami isteri, sedangkan lidah lagi tergigit..ia tak??
Oklah,nanti saya sambung di next entri bercerita berkenaan novel,aktiviti seharian,my hero dan sebagainya.Dah lewat, esok saya kerja pagi...jumpa lagi yea...assalamualaikum.
Wassalam

Tiada ulasan: