Jumaat, 25 Oktober 2013

Kegilaan My Son


 Salam,

Hai kawan-kawan, kali nie saya nak cerita kegilaan utama hero-hero saya. Hero-hero saya terlalu fanatic dengan Cartoon Thomas and Friends. Inilah cartoon yang mula-mula sekali hero-hero saya sukai.

Sayalah orangnya yang menjadi pendorong utama hero-hero menyukai cartoon ini kerana saya suka tengok karekter cartoon nie. Ibarat ibunyalah yang suka, so hero-hero "terjebak" sama. Hihihi...

Segala kelengkapan seperti cadar, sarung bantal, botol air, buku, pensil case, alat tulis, beg, baju dan sebagainya mesti ada gambar Thomas. Pantang nampak Thomas @ "keretapi" mesti wajib beli. Belum lagi mainan Thomas and Friends, jangan cakaplah. Memang makan ribuan ringgit kerana mainan Thomas and Friends memang mahal.

 

Ultraman, inilah second choice selepas Thomas and Friends yang hero-hero saya minati. Mereka mulai minat sejak saya menghantar ke Taska Festive. Terikut dengan kawan-kawan.

Sekarang nie, jika ada masa sahaja, apabila mereka bermain lawan-lawan, mesti sorang jadi Ultraman dan seorang lagi jadi "Raksasa". Yang jadi "Raksasa" dah tentu adiknyalah sebab dia sendiri "mengofferkan" dirinya sendiri menjadi "Raksasa".Anak-anak....

Yang suka melayan hero-hero main Ultraman adalah ayahnya. Anak dengan bapa sama sahaja naiknya...


 

Nie lagi satu, UpinIpin.Hero-hero mula suka watak cartoon nie sejak dekat tv asyik di tayangkan cartoon ini. Sekarang saya wajib record jika cartoon nie keluar dekat tv jika hero-hero tak sempat tengok.

Kalau CD jangan cakaplah.Mr Husband WAJIB belikan cd cartoon-cartoon nie untuk hero-heronya.

Itulah kegilaan hero-hero yang kadangkala buat ibu ayahnya sekali jadi gila kerana mengumpulkan segala yang berkaitan cartoon nie. Tapi kerana anak, semua kami cuba penuhi, tapi secara berpada-pada.Tidak terlalu manjakan mereka.

Oklah, nanti saya cerita lagi berkenaan My Hero yea.Terlalu banyak story yang boleh di kongsi dengan semua mengenai kenakalan hero-hero yang makin membesar nie.

 Merekalah Anugerah Allah SAW kepada kami suami isteri.

Wassalam.
    

Tiada ulasan: