Khamis, 31 Oktober 2013

KAMPUNG GIRL


Synopsis - Novel no.134
 Harga : 
Semenanjung RM21
SabahSarawak RM 24
Rate : 8/10 
 
Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.

Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur.  Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak.

Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin.

Ashraf bengang gila dengan persetujuan Ainnur telah gunakan setiausahanya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang jadi bila terkantoi dengan Ainnur sebab setiausahanya itu kawan baik Ainnur sendiri.

 Ashraf dan Ainnur akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam bencikan budak kampung, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Ashraf terlalu ego hingga nafikan cemburu tu tandanya cinta.Cemburu Ashraf bertambah terhadap Ainnur bila Faisal menagih cinta Ainnur walaupun Ainnur hanya menganggap Faisal sebagai abang.  

Ashraf bertambah terkejut bila mendapat tahu yang Faisal telah bertunang dengan Ain Airina iaitu bekas kekasihnya.  Faisal tidak sukakan Ain Airina dan mereka disatukan oleh keluarga.Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudiannya. Pada malam pengantin,rahsia Ainnur yg berpendidikan tinggi terkantoi. 

Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar Negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di penang dan Ashraf di KL.  Kawan serumah Ainnur nasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.

Atas nasihat Adam iaitu abang Ashraf, Ashraf cuba untuk menerima Ainnur. Dia pula berusaha memikat semula hati Ainnur. Ainnur pelik dengan sifat romantic Ashraf terhadapnya. Ashraf amat pasti yang cintanya ada pada Ainnur. Mereka macam pasangan baru bercinta. Ashraf dan Ainnur akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. 

Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal. Kampung girl n budak Bandar!Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan dia disahkan hamil. Ashraf happy gila. Keluarga mereka mengusik Ashraf yang tidak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampung girl yang amat dibenci menjadi orang yang amat dicintai oleh budak Bandar. So sweet. Faisal pula cuba berusaha untuk terima Ain Airina dalam hidupnya.

Tiada ulasan: