Jumaat, 25 Oktober 2013

JODOH ITU MILIK KITA


Synopsis - Novel no. 173
 Harga : 
Semenanjung RM26
Sabah/Sarawak RM 29
Rate : 8.5/10
 
"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih sayang yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. 
"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

"Okeylah, okeylah, Just kidding, Dahlia Darius bukan isteri yang baru saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan oleh Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial.

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?

Tiada ulasan: