Jumaat, 1 November 2013

Anak masuk wad

Salam,

Sekarang saya berada di KPJ Abdul Samad, Johor Bahru.Anak sulung saya masuk wad.Muntah-muntah yang sudah makan masa beberapa hari serta tonsil bengkak.

Abanglong memang kerap kena tonsil bengkak.Risau saya di buatnya. Hendak makan langsung tidak boleh, asyik mengadu sakit perut, sakit mulut sahaja beberapa hari nie.

Alhamdulillah, malam tadi selepas masuk antibiotik,ubat dan sekarang tengah masuk air, nampak makin berkurangan.Cuma part makan memang dia masih mengadu sakit lagi.Dia hendak makan benda yang lembut sahaja.Lepas nie memang kena cari bubur jawabnya.

Tadi Dr. Woon, doktor yang merangkap menjaga adiknya semasa sakit niftrotik syndrom, sudah melawat.Memang kena stay lagi sebab bengkak masih merah lagi dan bila di beritahu abanglong kerap bengkak tonsil, benda nie di ambil serius oleh doktor.Nanti kalau makin besar, still ada tonsil, kena operation...ibu yang dengar dah hampir tumbang, dulu adik, sekarang abanglong.

Doakan kesihatan anak-anak saya yea.Ini dugaan saya suami isteri, walaupun sakit yang mereka alami bukan sakit teruk, tapi bila kerap sakit begini saya susah hati.Ini ujian dan cabaran kami dalam besarkan anak-anak.

Nanti saya akan google pasal tonsil bengkak dan saya boleh berkongsi dengan kawan-kawan maklumatnya sekali yea....ok.

Wassalam.

Tiada ulasan: